Searching...

Peringkat Pemikiran (IQ) Bagi Kekasih Allah yang Sangat Luar Biasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pengagihan peringkat pemikiran (IQ) yang berada di tengah kehidupan manusia seperti mana yang terdapat dalam entri [perumpamaan bagi golongan yang dimaksudkan dengan tahap pemikiran manusia] telah Allah rancangkan dengan begitu teliti untuk manfaat sesama manusia. Begitu unik rancangan Allah S.W.T. Subhanallah. Otak manusia pula akan menjadi sumber untuk menerima (input) dan mengeluarkan (output) ilmu pengetahuan untuk manfaat sesama manusia yang lain.


Di sini perlu diingatkan kepada anda semua bahawa bagi kekasih Allah seperti para rasul dan nabi, mereka ada saluran dan sumber yang lain pula selain daripada akal untuk menerima ilmu pengetahuan daripada Allah S.W.T. Yakni mereka dapat memilikinya tanpa berfikir, tanpa membaca dan mentelaah, juga tanpa penelitian. Ini yang dikatakan wahyu iaitu ilmu yang Allah turunkan ke dalam hati para rasul atau nabi yang dimaksudkan di dalam Al-Quran:

 وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ

إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ

Maksudnya: Dan tidaklah ia berkata mengikut hawa nafsu melainkan wahyu yang diberikan (kepadanya). - (Surah An-Najmi Ayat 3-4).


Selain itu, ada juga ilmu yang Allah turunkan ke dalam hati para wali-Nya atau orang-orang yang bertaqwa yang dinamakan ilham atau ilmu laduni atau ilmu firasat. Inilah yang dimaksudkan di dalam Al-Quran:


 وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ 

Maksudnya: Dan bertaqwalah kamu pada Allah; nescaya Allah akan ajar kamu. - (Surah Al-Baqarah: 282)


Rasulullah juga ada bersabda dalam Hadis yang berbunyi dalam bentuk terjemahannya:

Barang siapa yang mengamalkan apa yang dia tahu nescaya Allah akan pusakakan ilmu yang dia tidak tahu (ilmu yang dia tidak belajar). - (Riwayat Abu Naim).


Berdasarkan Al-Quran dan Hadis di atas, Imam Waqi' iaitu guru kepada Imam Syafi'ie pernah memberitahu, sewaktu beliau ditanya oleh Imam Syafi'ie, "Bagaimana untuk mudah mendapat ilmu?" Jawabnya, "Hendaklah bertaqwa kepada Allah S.W.T."



Setelah saya menghurai berkenaan dengan daya pemikiran dan peringkat-peringkatnya serta memberikan perbandingannya yang telah saya curahkan dalam beberapa entri yang lepas iaitu [peringkat daya pemikiran (IQ) manusia menurut Islam], maka bolehlah kita menilai pada diri kita masing-masing setakat mana tahap pemikiran (IQ) kita?

Kalau diibaratkan perniagaan; apakah kita ini kilang yang mengeluarkan produk? Atau ejen-ejen yang menjadi pengedar barang-barang dari kilang tersebut? Atau peraih/pemborong yang hanya tunggu para pembeli? Atau menjadi para pelanggan yang hanya boleh membeli barang-barang tertentu sekadar untuk keperluan diri mereka sendiri sahaja?

Dengan kita berbuat demikian dapatlah kita menilai pada diri kita, di peringkat manakah pemikiran (IQ) kita? Sekian. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger