Searching...

Perumpamaan Bagi Golongan yang Dimaksudkan dengan Tahap Pemikiran Manusia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Untuk lebih memudahkan kita memahami daya pemikiran atau IQ setiap golongan yang saya telah nyatakan dalam entri yang lepas, boleh rujuk pada entri, [peringkat daya pemikiran manusia secara kasar yang belum diketahui ramai]. Saya lebih suka membuat perbandingan begini:

  1. Golongan berfikiran cerdik luar biasa (genius) diumpamakan seperti kilang yang mengeluarkan produknya.
  2. Golongan berfikiran cerdik biasa diumpamakan seperti ejen-ejen pengedar barangan.
  3. Golongan berfikiran sederhana diumpamakan seperti kedai borong atau kedai runcit.
  4. Golongan berfikiran lemah diumpamakan seperti pelanggan-pelanggan atau pengguna (consumer).



Golongan pertama merupakan kilang besar yang produktif. Setiap hari mampu mengeluarkan produknya dan setiap masa membekalkan pelbagai jenis barang-barang yang bermutu/berkualiti tinggi mengikut kehendak ejen-ejen pengedar atas permintaan pelanggan-pelanggan yang meningkat dari hari ke hari. Barang-barang keluaran dari kilang inilah yang menjadikan ejen penjual sentiasa dapat membekalkan barang-barang kepada orang ramai. Kalau kilang-kilang tadi tidak mengeluarkan produknya bererti ejen-ejen tidak dapat menerima barangan untuk diedarkan kepada pelanggannya.

Golongan kedua diibaratkan sebagai ejen-ejen pengedar barangan yang kerjanya membekalkan barangan kepada peraih/pemborong. Peraih/pemborong yang dimaksudkan ialah pasar, bazaar, supermarket, mall, kedai borong dan kedai runcit. Semasa membuat pengedaran barangan ke tempat-tempat tadi supaya laris, dia mengiklankan barangan tadi dahulu secantik mungkin melalui media massa seperti tv, radio, majalah, suratkhabar, dan internet (online). Orang ramai yang berkenan dengan barangan yang diiklankan akan pergi mendapatkan peraih/pemborong untuk membeli barangan tersebut. 

Kempen atau iklan yang dijalankan oleh ejen mestilah bijak dan cekap. Kalau kena pada caranya apa yang diiklankan oleh ejen tersebut maka barangan yang dikeluarkan akan mempunyai pasaran tetap. Perniagaan tersebut akan menjadi bertambah maju sehingga memasuki pasaran dunia dengan melalui import dan eksport. Maka pengeluaran produk dari kilang akan menjadi lebih stabil hingga ke serata pelusuk dunia.

Golongan ketiga diibaratkan seperti peraih/pemborong iaitu telah dinyatakan di atas sebentar tadi yang berperanan menjual barangan. Tugasnya hanya menerima barangan daripada ejen-ejen pengedar tadi dan menunggu pelanggan datang membeli di tempatnya. Kalau ada pelanggan yang datang membeli, maka barangan tersebut akan laris dan hasil perniagaanya memperoleh keuntungan. Tapi, jika tidak ada pelanggan yang datang membeli, maka barangannya tidak terjual dan hasil perniagaanya mengalami kerugian.


Golongan keempat pula diibaratkan seperti pelanggan-pelanggan yang mahu mendapatkan apa yang dihajatkan/diinginkan iaitu produk barangan yang dijual daripada peraih/pemborong. Pelanggan-pelanggan ini hanya mampu membeli barangan tertentu untuk keperluannya sendiri berdasarkan kuasa wang yang ada padanya.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger