Searching...

Rahsia Besar Mengenai Jin yang Belum Diketahui Ramai

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Berikut adalah intipati dalam bentuk ringkasan bagi kuliah Ustaz Hj Ismail Kamus mengenai rahsia yang terdapat pada makhluk Allah ghaib yang bernama Jin:

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 

2. Apabila Allah S.W.T memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah S.W.T melaknat dan memerintahnya turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Jin kafir (Syaitan). Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 

3. Makanannya daripada Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. Anda terkena?? Hahaha.

4. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 

5. Beliau menasihatkan apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya di jalanraya), perlulah baca "Salaamun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya, jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang melayu suka sangat membaca ucapan, "ampun datuk, anak cucu tumpang lalu." Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk? Ooo. Mungkin sebab umurnya panjang kot? beratus-ratus tahun dia hidup? Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin? Terkena lagi?? Hahaha. 

6. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, itu semua pembohong. Sirahnya apabila Nabi Sulaiman memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak tahu/perasan. 
  • Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapannya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan kemudian jatuh berserta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah jin tahu bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat. 

7. Manusia juga dilarang membuang air kencing di lombong-lombong yang mana airnya tenang, terutama pada waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ pada waktu itu. Di larang juga membuang air kencing di lubang-lubang (tanah). 

8. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum diduduki lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum kita duduk rumah baru, kita di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin akan lari selama 3 hari. Tidak perlu guna tepung tawar apa bagai. Orang melayu suka sangat menepung tawar. Huhu.

9. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan sebanyak 7-10 kali, jika tidak pun bacakanlah ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (mengikut tekniknya) sebab beliau (Ustaz Hj Ismail Kamus) pernah menjumpai orang yang di rasuk. 

P/S: Maklumat anda dihujung jari. Oleh itu, rajin-rajinkanlah jari anda dengan menyebarkan artikel ini kepada mereka yang belum tahu. Itupun kalau anda rajin. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger