Searching...

Rahsia Para Sahabat Nabi S.A.W Mendapat Ilmu Daripada Baginda Tanpa Diajar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Para Sahabat di zaman awal pemerintahan Islam, sedikit sahaja yang diajar oleh Rasulullah S.AW, selebihnya tidak diajar langsung oleh baginda. Tetapi mereka dapat faham dengan begitu banyak, luas dan lebih mendalam lagi tentang hadis Rasulullah S.A.W. Segala apa yang Rasulullah S.A.W itu ajar, mereka mampu mengembangkan, mengaitkan, mengkiaskan dan mensyarahkannya hingga ia menjadi sumber ilmu yang lengkap dan lagi menyeluruh.

Berlandaskan ilmu yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W itu juga para Sahabat mampu mentafsir dan mengembangkan ayat-ayat Al-Qur'an. Sayidina Ali k.w.j contohnya, mampu mengupas Surah Al-Fatihah hinggakan kalau tiga ratus ekor unta pun tidak akan cukup untuk memikul kitab-kitab kupasan dan tafsirannya itu. Buktinya, bolehlah rujuk pada entri yang lepas telah saya kupaskan iaitu [peringkat pemikiran IQ bagi kekasih Allah].

Melalui lidah percakapan bagi Rasulullah S.A.W itu sendiri atau sabdanya  cumalah ringkas dan pendek, tetapi isinya padat. Baginda tidak bercakap terlalu panjang tentang sesuatu perkara. Apa yang disabdakan baginda adalah ringkas, padat, lengkap dan penuh berisi. Untuk mendapat kefahaman dengan lebih banyak adalah daripada ilmu atau minda yang matan, ilmu itu mesti difikir-fikirkan. Kalau boleh ia perlu juga dimuzakarahkan dan dibawa berbincang. Dengan cara ini (cara pertama), ilmu yang matan itu akan bercambah dan berkembang. Sebenarnya dalam ilmu ada ilmu, dan dalam ilmu kita boleh dapat penambahan ilmu.

Apa penyebab sahabat Nabi S.A.W boleh memahami sabda Nabi S.A.W itu sendiri? Buktinya ialah daya fikir mereka menjadi lebih murni dan tajam dengan roh atau hati yang bersih dan yang sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T. Bila roh atau hati itu bersih, maka Allah S.W.T akan memudahkan akal untuk meneroka dan memahami perkara-perkara yang bersangkutan dengan ilmu. Itu sebabnya pada zaman kegemilangan Islam dalam kalangan para Sahabat, Tabiin dan Tabi' Tabi'in kerana hati mereka bersih, maka ramai yang dapat menguasai pelbagai bidang ilmu. Tidak hanya ilmu Islam seperti tauhid, fekah, tasawuf, tafsir, ilmu Hadis dan lain-lain lagi tetapi juga ilmu falsafah, astronomi, astrologi, perubatan, matematik, ketenteraan, sains dan sebagainya. Tambahan pula, pada zaman itu ramai dalam kalangan mereka yang dapat menguasai berbilang-bilang ilmu ini pada satu-satu masa. Walhal sebelum kedatangan Islam lagi, mereka hanyalah seorang pengembala-pengembala kambing dan ilmu tentang kambing itu sajalah yang ada pada mereka.

Dengan didikan Rasulullah S.A.W itu, maka insan mereka terbina, hati dan roh mereka menjadi bersih, akal mereka mampu memahami, mengupas, menyaring dan menterjemah kepelbagaian ilmu dari tamadun Yunani dan Parsi. Selepas itu mereka pula menambah dan menyumbangkan ilmu-ilmu tersebut dengan berbagai-bagai penemuan yang baru hingga negara Islam menjadi pusat ilmu bagi semua bangsa di waktu itu. Cara kedua untuk mendapat kefahaman yang banyak daripada ilmu atau minda yang matan ialah dengan mengamalkannya. Dengan amalan, ilmu akan jadi meluas dan terhurai. Ada hadis yang mengatakan:

Maksudnya: "Barangsiapa mengamalkan ilmu yang dia tahu, maka Allah akan ajarnya ilmu yang dia tidak tahu (ilmu yang dia tidak belajar)."(Riwayat Abu Naim).

Ada kata-kata hukama' yang berbunyi:

Maksudnya: "Hidupnya ilmu kerana amal."

Apabila kita amalkan ilmu yang kita pelajari (ilmu yang tersurat), maka lama-kelamaan, Allah S.W.T akan ajar kita ilmu hikmah (ilmu yang tersirat). Ilmu seperti ini tidak perlu belajar. Allah S.W.T akan jatuhkannya terus ke hati kita dengan syarat roh dan hati kita kena sentiasa bersih dan sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T. Ilmu ini dinamakan juga ilmu ilham atau ilmu laduni.

Wallahua'lam. Kredit untuk blog Cahaya Mukmin.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger