Searching...

Teladan Rasulullah S.A.W Sebagai Mukmin yang Serba Sempurna

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Siapa insan yang paling Mukmin dan paling profesional mengikut perspektif Islam? Bagi kita orang Islam, contoh teladan yang terbaik tentulah Rasulullah S.A.W berdasarkan firman Allah S.W.T:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن 

كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ 

وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

Maksudnya: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." Surah Al-Ahzab ayat 21).


Kebaikan Rasulullah S.A.W mestilah dilihat secara holistik (sempurna). Kita tidak boleh melihat Rasulullah secara serpihan atau menerusi sudut-sudut yang tertentu sahaja.

Sepanjang hidup, mari kita mengenal kebaikan Rasulullah S.A.W dari sudut mukmin dan profesionalnya. Rasulullah S.A.W ditakdirkan olen Allah S.W.T menceburi pelbagai bidang. Semasa kecil, Baginda pernah menjadi pengembala kambing, kemudian usahawan yang menjalankan perniagaan, menjadi jeneral yang memimpin tentera dalam peperangan, pendakwah yang tabah di tengah masyarakat dan seorang pemerintah bagi sebuah negara (Madinah).

Rasulullah S.A.W juga telah ditakdirkan hidup dalam pelbagai situasi dan keadaan seperti miskin, kaya, sihat, sakit, menjadi pemimpin, menjadi pengikut, ditindas, berkuasa dan sebagainya. Apakah faktor kejayaan Rasulullah S.A.W dalam bidang-bidang yang diceburinya?

Contohnya, bidang perniagaan - Baginda telah memperoleh keuntungan yang besar dalam perniagaan yang diamanahkan oleh Siti Khadijah. Mungkin nanti ramai yang berpendapat, kerana Baginda jujur, amanah, tidak menipu dan sebagainya.
"Ya, itu sudah pasti. Tetapi bukan itu sahaja faktor kejayaan Rasulullah S.A.W dalam bidang perniagaan."
Baginda juga seorang yang:
  • Menepati waktu, patuh pada janji, (mengamalkan sistem pengurusan masa yang efisyen).
  • Pakar dalam bidang komunikasi.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal.
  • Memahami kehendak klien.
  • Arif tentang kemudahan infrastruktur dan musim (cuaca).
Tegasnya, kejayaan Rasulullah S.A.W dalam perniagaan disebabkan dua faktor:
  1. Berkelakuan baik - Seorang mukmin.
  2. Berkepakaran tinggi - Seorang yang profesional.
Keadaan yang sama berlaku apabila Baginda berjaya dalam bidang ketenteraan. Mengapa Rasulullah S.A.W berjaya dalam peperangan?

Mungkin ramai yang memberi jawapan berikut:
  • Baginda berperang atas dasar Tauhid bukan membalas dendam atau menjarah. Justeru, Allah S.W.T memberi bantuan-Nya.
  • Peperangan yang melibatkan Baginda semuanya bersifat defensif (mempertahankan diri) bukan ofensif (menyerang).
  • Baginda menang kerana mendapat bantuan daripada para malaikat seperti yang dinyatakan dalam al-Qur'an.
Semua faktor di atas adalah benar. Tetapi masih ada lain-lain faktor yang menyumbang kepada kemenangan Baginda di medan peperangan.

Faktor-faktor Lain yang Berkait dengan Soal Kepakaran:

Dalam Perang Badar:
Baginda dan tentera Islam datang ke medan peperangan lebih awal dan menguasai sumber air.

Dalam Perang Uhud:
Baginda menguasai tempat tinggi (Bukit Uhud) dan menempatkan pemanah tepat (sharp shooter) di lokasi yang strategik di atas bukit tersebut.

Dalam Perang Khandak:
Baginda bersikap minda terbuka (open-minded) apabila menerima saranan daripada Salman al-Farisi untuk menggunakan strategi penggalian parit di sekeliling kota Madinah sebagai benteng pertahanan. Strategi itu boleh disifatkan sebagai think outside box kerana peperangan menggunakan parit tidak pernah dibuat sebelumnya oleh bangsa Arab.

Dalam Peristiwa Hijrah:
Baginda bukan sahaja mendapat bantuan Allah S.W.T (mukjizat) hasil daripada sifat-sifat mulianya sebagai seorang Rasul, bahkan Baginda juga merencana, membuat pelan tindak dan strategi lagi untuk melepasi kepungan dan pengejaran kaum Musyrik.
"Ini menunjukkan bahawa hijrah Baginda Rasul berjaya dilaksanakan hasil keluruhan budi dan juga keunikan strategi. Pendek kata, kejayaan itu adalah gabungan sifat profesional dan Mukminnya."
Wallahua'lam. 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger