Searching...

[Terkini] Kita Perlu Kembali Kepada Islam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Realitinya, ramai umat Islam pada hari ini memahami dan mengamalkan Islam secara serpihan dan terpisah-pisah. Ada yang hanya mengamalkan sistem hidup Islam dari segi sistem kewangan tetapi meminggirkan sistem sosial, pendidikan dan muamalat serta ibadat secara keseluruhan. Ada juga golongan yang cenderung mengamalkan ajaran Islam pada aspek rohaniah (ibadah ritual) semata-mata dan membelakangkan aspek material. Bagi anda yang belum membaca entri lepas yang bersangkutan dengan entri ini, boleh rujuk pada entri yang bertajuk, [Inilah Akibatnya Jika Kurangnya Zikir dan Fikir].
"Masih ramai juga yang melihat hanya pada aspek pembangunan dan meminggirkan pula soal rohaniah."
Akibatnya, pelaksanaan syariat Islam hanya dibuat secara serpihan dan separuh-separuh, tidak menjadi teras dan asas untuk menjana pencapaian ummah secara menyeluruh. Ajaran Islam dan syariat hanya diterapkan sebagai tempelan.

Ya, mungkin inilah antara cabaran utama untuk meletakkan kembali Islam pada paksi kecemerlangan dunia masa kini. Mampukah kita memasang/menambah (reinstall) kembali soal keimanan (software) tanpa terpisah-pisah daripada soal kepakaran (hardware)?
"Inilah yang dimaksudkan denga kembali kepada Islam secara menyeluruh iaitu satu syarat untuk keluar daripada lembah kehinaan di dunia dan azab di akhirat."
Firman Allah S.W.T:

 أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ

Maksudnya: Sesudah itu, maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (daripada isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? (Surah Al-Baqarah ayat 85).

Bukankah ini yang sedang dideritai oleh umat Islam masa kini? Ayuh, mari kita gerakkan secara bersungguh-sungguh gagasan mukmin pakar/profesional ini. Justeru hanya dengan itu, maka kita akan dapat mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. 

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger