Searching...

Tips dan Rahsia Menjadi Seorang Ibu Bapa yang Cemerlang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saya hendak perbetulkan permasalahan bagi institusi kekeluargaan yang kian meruncing kesan daripada tingkah laku anak-anak muda yang bersosial secara tidak terkawal. Macam-macam trend anak-anak muda sekarang dipengaruhi kesan daripada pengaruh media massa dan barat yang dijinakkan ketika mereka masih kecil lagi. Kebanyakan para ibu bapa lebih cenderung mengejar kemewahan daripada mementingkan hubungan sesama anak beranaknya. Jadi, hubungan anak-anak dengan ibu bapa menjadi semakin renggang apabila meningkatnya umur anak-anak mereka. Untuk mengelak daripada berlakunya situasi sedemikian, saya mahu kongsikan empat tips rahsia untuk menjadi ibu bapa cemerlang. Ibu bapa yang cemerlang ialah mereka yang mampu melengkapkan keempat-empat tips keperluan anaknya itu nanti. Keempat-empat keperluan tersebut ialah:


1) Memenuhi keperluan fizikal dan material.

Ibu bapa yang mampu memenuhi kehendak fizikal dan material anak-anak, yakni memberi makan dan minum, membeli pakaian, membina tempat tinggal, menjaga kesihatan dan memberi kemudahan pengangkutan. Tetapi jika setakat itu sahaja, ibu bapa itu belum boleh dikatakan luar biasa kerana haiwan pun mampu memenuhi keperluan tersebut terhadap anak-anaknya. Ibu bapa yang hanya mampu memenuhi keperluan fizikal dan material, belum boleh dikatakan cemerlang.


2) Memenuhi keperluan akal dan pemikiran.

Setelah memenuhi keperluan fizikal dan material, ibu bapa mesti mampu memenuhi keperluan akal (ilmu) anak-anaknya. Mereka mesti berupaya memberikan ilmu agama (fardhu ain) dan ilmu akademik (fardhu kifayah) kepada anak-anaknya. Ibu bapa mesti menyediakan buku-buku dan bahan bacaan serta lain-lain kelengkapan belajar untuk anak-anak mereka.

Walaupun tahap ini lebih baik daripada tahap yang pertama tadi, namun itu pun masih belum boleh dikatakan pencapaian yang cemerlang. Jika keperluan ini dapat dipenuhi, maka tahap IQ anak akan meningkat. Namun, itu masih tidak memadai. Ada lagi selain IQ yang diperlukan oleh seorang anak.
"Menjadi seorang yang bijak sahaja tidak cukup untuk menghadapi dunia yang sentiasa bergolak pada masa kini. Betapa ramai anak-anak yang berjaya dalam bidang pelajaran, tetapi kecundang dalam kehidupan."

3) Memenuhi keperluan emosi.

Setelah mengisi keperluan fizikal, material dan ilmu, ibu bapa seharusnya mampu mengisi keperluan emosi anak-anak mereka. Tahap ini lebih sukar. perasaan anak-anak perlu dibelai, dihargai dan didengari. Anak-anak sebenarnya perlu didengar cakapnya sepertimana mereka memerlukan makanan. Oleh itu, perlulah ibu bapa mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar motivasi, kaunselor dan pakar psikologi.

Malah ahli psikologi berpendapat, anak-anak yang tidak didengar cakapnya, akan membesar dalam keadaan emosinya yang tertekan. Untuk itu, ibu bapa mesti menjadi pendengar yang baik terhadap anak-anaknya. Jangan jadi macam saya. Ehh! terlepas cakap pula.. Hehe.. Gurau Saja. Sambung lagi, anak-anak perlukan perhatian, simpati dan belas kasihan. Keperluan ketiga ini mesti dipenuhi oleh ibu bapa (wajib). Jangan sesekali anda (para ibu bapa) abaikan. Jika anda tidak penuhi keperluan mereka yang ketiga ini, maka anak-anak akan membesar sebagai individu yang lumpuh dari segi emosi. Dia menjadi pemurung, pemarah, terlalu emosional dan sebagainya. Tahap EQ-nya pula akan menjadi rendah.


4) Memberi keperluan jiwa.

Kemuncak bagi tips ini adalah ibu bapa mesti memenuhi keperluan jiwa anak-anak mereka yang dikatakan juga sebagai keperluan SQ (kecerdasan spiritual). Anak-anak perlu dididik dengan soal-soal keimanan, yakni kepercayaan yang mantap kepada rukun iman yakni Allah S.W.T, malaikat, rasul, kitab, hari akhirat, qada' dan qadar. Selain itu, anak-anak perlu dididik dengan soal akidah bertunjangkan Tuhan Yang maha Esa berkenaan dengan Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' wa sifat berserta ganjaran syurga bagi mereka yang taat pada perintah Allah S.W.T dengan menjauhi semua larangan-Nya, balasan neraka bagi mereka yang mengingkari perintah Allah S.W.T dengan melakukan larangan-Nya dan sebagainya yang berkenaan dengan asas-asas untuk menjadi seorang hamba Allah S.W.T yang sejati. Barulah di situ datangnya roh dan jiwa anak-anak tidak akan kosong kerana dari situ, jiwa anak-anak telah diisi dengan didikan asas ilmu-ilmu agama yang penting sebagai penyuluh hidup ketika anak-anak itu membesar dan memulakan hidup untuk berdikari. 

Selain itu pula, ibu bapa perlu menjadi teladan (role model) yakni contoh teladan dari segi sikap dan perlakuan ibu bapa itu sendiri pada setiap masa. Tutur kata, perbuatan dan tindakan ibu bapa sehari-hari amat berkesan untuk mendidik anak-anak dalam soal keimanan dan akhlak. Mata lebih dipercayai daripada telinga - bermaksud sikap itu lebih berkesan untuk mendidik berbanding dengan percakapan! Oleh itu, ibu bapa yang cemerlang ialah ibu bapa yang menjadi teladan kepada anak-anaknya.


Akhir kata dari saya, ibu bapa yang cemerlang ialah mereka yang dapat memenuhi keempat-empat keperluan anak-anaknya di atas. Bagaimana? Sudahkah kita menjadi ibu bapa yang cemerlang? Apakah kita hanya mampu mengisi satu, dua atau tiga daripada keperluan yang telah saya nyatakan di atas itu tadi untuk seorang anak?

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger