Searching...

Adakah Institusi Kekeluargaan Anda Terletak Dalam Kategori "Cap Ayam"?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Institusi keluarga sebenarnya boleh diumpamakan sebagai sebuah organisasi yang ringkas seperti di bawah. Jadi, aset yang paling berharga bagi sebuah keluarga tentulah manusia yakni bapa, ibu dan anak-anak. Bukan kereta, rumah, komputer dan perabot yang dimiliki oleh keluarga itu. Jika sesebuah keluarga lebih pentingkan kebendaan daripada tanggungjawab kebiasaan, maka institusi kekeluargaannya layak diletakkan dalam kategori "cap ayam".

Carta Organisasi Keluarga


Sayangkan isteri atau kereta?

Tetapi betulkah dalam praktiknya begitu? Mari kita lihat hal ini dengan lebih dekat. Sesekali, si isteri mengadu kepada si suami, "Bang, belakang saya selalu sakit-sakit. Sejak kebelakangan ini pulak saya selalu keletihan." Dan jawapan yang biasa dijawab oleh si suami, "Biasalah, awakkan dah tua." Kemudian si suami buat tak tahu, seperti tiada apa yang berlaku.

Tetapi apabila kereta si suami itu meragam, bunyi enjinnya lain sedikit atau tercalar, si suami akan pantas bertindak. Lantas dihantarnya kereta itu ke bengkel supaya kerosakan itu segera diperbaiki. Aneh bukan? Kalau ditanya sayangkan siapa, isteri atau kereta? Tentulah jawapannya, sayang isteri.

"Tetapi mengapa aduan isteri dibiarkan, 'keluhan' kereta diambil tindakan segera? Renungkan dan fikirkanlah sendiri."


Sayangkan anak atau pinggan mangkuk kaca yang mahal?

Ada pula ibu yang lebih sayangkan pinggan mangkuk kaca yang mahal  itu berbanding anaknya sendiri. Pinggan mangkuk kaca itulah yang dikelek, dibelek, dibersihkan setiap hari dan dijadikan barang perhiasan dalaman rumah. Apabila pinggan mangkuk kaca yang tersayang itu terpecah di tangan anak sendiri, maka puaslah si anak itu diherdik, dimaki, dibentak, bahkan dipukul. Kesalahan itu disebut berulang-ulang kali, malah diungkit-ungkitnya sekian lama itu.

Anehnya, apabila ditanyakan siapakah yang lebih dia sayangi, tentu ibu itu  akan menjawab, anak.

Bayangkan, kalau dalam keluarga sendiri pun (yang diikat dengan pertalian darah) payah hendak dirasakan faktor manusia (isteri, suami atau anak-anak) sebagai aset yang paling berharga, bagaimana pula dalam kalangan teman-teman sekerja dalam sebuah organisasi? Tentu lebih sukar. Sebab itu tidak hairan kalau ramai yang tidak menghargai rakan-rakan setugas, bos atau pekerja bawahan. Kerana pangkat, gaji, imbuhan dan lain-lain habuan, rakan setugas disabotaj, umpat dan menjatuhkan taraf seseorang. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger