Searching...

Apa Beza Orang Berjaya Dengan Orang Gagal yang Mungkin Anda Terlepas Pandang?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kenapa perlu ada penilaian? Untuk mengingatkan kita bahawa ada info penting yang kita terlupa ambil kira atau terlepas pandang. Jadi, saya hendak mengatakan sesuatu ungkapan terpenting yang mana kita selalu sahaja membuat tanggapan bagi ungkapan terpenting itu adalah biasa sahaja sekiranya kita baca secara sekali imbas. Tetapi sekiranya kita baca ungkapan itu berulang-ulang kali, maka kita akan sedar bahawa selama ini, kita tidak pernah mendisiplinkan diri kita ke arah matlamat hala tuju bagi ungkapan itu. Mari kita saksikan dan hayati ungkapan yang disifatkan berharga seperti nilai 'emas':

"Orang yang berjaya 'memaksa' dirinya untuk berubah, manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa."

Jadi, paksalah diri untuk berubah, maksudnya [membangunkan diri kita ke tahap maksimum]. Jangan malas. [Anda lebih kuat daripada apa yang anda jangkakan]. Percayalah, no money, no talk! Eh.. Silap.. No pain, no gain. Jangan berubah hanya apabila anda terpaksa. Misal yang boleh digambarkan adalah seorang perokok tegar. Dia seorang yang ketagih rokok. Dia sedang berusaha untuk mencari alternatif lain supaya dia boleh berhenti merokok dengan jayanya. Dia memaksakan diri untuk berhenti merokok, namun masih menemui jalan buntu disebabkan penangan ketagihannya yang cukup kuat. 


Akhirnya, dia berjaya menemukan e-cigarette iaitu salah satu produk terbaru rokok elektronik yang mengeluarkan wap tanpa mengandungi bahan-bahan beracun selain nikotin. Jadi, dia pun mencuba produk tersebut. Pada mulanya dalam beberapa minggu agak kekok dan masih lagi ketagih dengan rokok tembakau yang asal. Tetapi setelah dia paksakan diri untuk berhenti pada rokok tembakau dan mencuba rokok elektronik dalam beberapa minggu yang seterusnya dan akhirnya dia berjaya menghilangkan ketagihannya pada rokok tembakau sepenuhnya. Seterusnya, dia mencuba untuk mengurangkan penggunaan nikotin pada rokok elektronik selama dalam sebulan lebih dan akhirnya dia berjaya menghilangkan ketagihan sepenuhnya terhadap nikotin. 

Itulah ciri-ciri orang berjaya yakni berusaha untuk berubah secara sakit dahulu sebelum menemui kejayaan. Oleh itu, kepada perokok tegar... Nasihat saya, paksalah diri untuk berhenti merokok (walaupun sukar pada awalnya) - no pain no gain, kerana itu lebih baik daripada terpaksa berhenti (setelah diserang pelbagai penyakit kronik berbahaya!) - no ignore no pain. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger