Searching...

Cuma Satu Faktor Dominan Ini Adalah Kunci Penentu Kejayaan Setiap Insan.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semua orang mahukan kejayaan. Tidak ada orang di dunia ini yang tidak mahukan kejayaan. Hatta seorang isteri sekalipun tetap mahukan kejayaan dalam hubungan rumah tangganya. Untuk itu, kita perlu tahu faktor-faktor penentu bagi kejayaan seseorang itu jika kita mahukan kejayaan itu. Kejayaan seseorang ditentukan oleh faktor-faktor ilmu, kemahiran, maklumat dan sikap. Mengikut kajian Harvard Business School dan disokong oleh Prof. Dr. Thomas Barry, antara keempat-empat faktor tersebut, sikap merupakan faktor yang paling dominan.

"Kajian mereka menunjukkan, sikap menyumbang sebanyak 93% kejayaan berbanding ilmu, maklumat dan kemahiran yang hanya 7%."

Mungkin kita tertanya-tanya, benarkah sikap merupakan elemen yang penting? Bagaimana dengan ilmu? Bagaimana pula dengan maklumat? Sebenarnya, meletakkan elemen sikap sebagai faktor yang utama tidaklah menafikan kepentingan faktor-faktor yang lain. Tetapi sikap menjadi faktor terpenting kerana apabila sikap seseorang itu betul (positif), maka kekurangan-kekurangannya dalam faktor yang lain dapat diatasi dengan jayanya. Sikap yang betul (positif) dapat dimaksudkan dengan pemikiran yang positif dan terbuka (open-minded).

"Dengan sikap yang betul, seseorang itu akan berusaha untuk menambahkan kekurangan ilmu, maklumat dan kemahirannya. tetapi sekiranya sikap tidak betul, maka ilmu, kemahiran dan maklumat walau setinggi langit sekalipun tetap tidak berguna."

Tentunya kita masih ingat lagi tentang "Ops Sikap" yang selalu dilancarkan ke atas pengguna-pengguna jalan raya menjelang musim perayaan. Namun, selalunya kadar kemalangan masih juga meningkat. Hasil kajian daripada pihak berkuasa, kemalangan terus berlaku bukan kerana kenderaan yang tidak canggih, bukan kerana undang-undang yang tidak cukup ketat, bukan juga kerana jalan raya yang tidak elok, bahkan bukan kerana cuaca yang buruk, tetapi kerana kecuaian dan sikap buruk pemandu itu sendiri.

Faktor sikap juga mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar. Pelajar yang mempunyai otak bergeliga tetapi malas, tidak berdisiplin, dan tidak konsisten selalunya akan ketinggalan dalam pelajaran berbanding dengan pelajar yang jenis biasa sahaja tetapi lebih rajin, berdisiplin dan konsisten. Begitu juga dengan para usahawan, faktor sikap mereka adalah lebih dominan berbanding modal, ilmu dan kemahiran yang mereka miliki.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger