Searching...

[FAKTA] Hikmah Daripada Dunia Barat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Islam menekankan agar tidak mengikuti acuan sistem latihan dan pengurusan yang bercorak Barat. Walaupun begitu, ini tidak bermakna sistem latihan dan pengurusan itu bercorak Islam bersifat anti-Barat. Hikmah boleh diterima tidak kira sama ada ia dari Timur atau Barat. Bagi sesiapa yang masih keliru, bolehlah rujuk pada entri  sebelumnya yang bertajuk, [Nilai Islam Dari Sudut Duniawi Atau Dari Sudut Acuannya?]. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Kalimah hikmah adalah barangan yang hilang bagi orang Mukmin. Di mana sahaja ia ditemui, maka dialah yang lebih berhak terhadapnya." 

Hadis di atas diriwayatkan oleh al-Tirmizi, al-Jami' al-Sahih Sunan al-Tirmizi, Dar Ihya' al-Turath al-Arabi, Beirut, jil. 5, hlm. 51, no. 2687. Abu Isa menghukumnya sebagai hadis yang gharib.

Nilai-nilai teras dalam kitab-kitab para ulama' Islam khususnya dalam bidang pendidikan dan latihan, perlu disampaikan menerusi pendekatan kontemporari (moden) yang diperkuatkan dengan hujah saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan Barat. Hakikatnya, apa sahaja kebaikan (dari Timur atau Barat) adalah milik Islam. Namun kita perlu berhati-hati agar tidak menjulang Barat dalam sangkaan menjulang Islam. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger