Searching...

[Fakta] Jenis Gas Paling Beracun Digunakan Oleh Rejim Assad Untuk Menyerang Penduduk Syria.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Al-Arabiya telah melaporkan, Adolf Hitler yang dahulunya telah menemukan formula kimia "Sarin" pun menolak untuk digunakan dalam persenjataan kimia melawan musuhnya. Namun begitu, rejim Assad telah menggunakan formula kimia "Sarin" tersebut dalam senjata kimianya berupa bom gas beracun untuk ditembakkan ke kawasan penduduk Syria sebanyak 2 kali! Andaikata gas Sarin memiliki naluri atau perasaan seperti manusia dan haiwan, dia akan malu atas apa yang telah dilakukannya terhadap rakyat Syria. 

Klik gambar di atas untuk diperbesar dengan lebih jelas

Gas yang lebih dikenali dengan sebutan 'GB' dalam bahasa ilmiahnya, merupakan gas bersih, tidak berwarna dan tidak berbau.

Setelah 2 kali penggunaan gas Sarin, selanjutnya tentara Assad menggunakan bahan kimia lainnya yang bernama 'Sianida' (cyanideterhadap penduduk Syria di Halab (Alepo) pada 13 Februari 2013. Satu miligram atau 0.02% daripada setitis bahan kimia tersebut, sudah cukup untuk membunuh manusia.

"Sarin" 500 kali lebih kuat daripada 'Sianida'. "Sarin" pada awalnya digunakan oleh para saintis Jerman sekitar tahun 1930 untuk mengatasi kelaparan selepas Perang Dunia Pertama. Bahan kimia ini digunakan untuk memacu hormon pada haiwan ternakan agar beranak dengan lebih banyak daripada kebiasaannya. Juga dapat memperbesar ukuran buah-buahan dan sayur-sayuran.

"Sarin" boleh menjadi racun mematikan jika digunakan pada manusia kerana akan menghambat kerja enzim tertentu di dalam sel sehingga oksigen terhalang dan sel akan mati. Jika kita lepaskan gas "Sarin" ke dalam sebuah ruang berukuran sedang yang penuh dengan orang, setengah daripadanya akan menjadi mayat dalam sela masa kurang dari 1 minit.

Sudah tercatat bahawa Republik Arab Syria memiliki persediaan "Sarin" sekitar  dalam 1000 tan lebih, dan jumlah ini mungkin yang terbesar di Timur.

Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger