Searching...

HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pak Hasrul Hassan telah menganjurkan [satu segmen] untuk para blogger yang masih baru dan belum popular seperti saya yang memerlukan sokongan daripada blogger profesional seperti beliau. Justeru Pak Hasrul ada meletakkan syarat segmen iaitu dengan menceritakan serba sedikit mengenai diri, dan blog tidak lebih daripada 150 patah perkataan. Oleh itu, saya akan melakukan sepertimana permintaan beliau di bawah:


Mengenai diri saya dan blog saya.

Nama saya Ummar Farouk Bin Abd Hamid. Saya berasal dari Johor dan kini menetap di Paka, Terengganu. Saya buat blog sekadar sambilan dan ia merupakan hobi masa lapang saya. Tujuan saya berblog adalah untuk berkongsi bahan-bahan ilmiah, kesedaran agama dan pendedahan motivasi. Perkongsian tidak sia-sia jika kita niatkan sekali untuk pendekatan dakwah.

Blog Nukeufo89 yang saya beri nama berasal daripada gabungan perkataan "Nuke" bermaksud senjata nuklear (tamparan hebat), "UFO" bermaksud objek terbang yang tidak dikenali (susah hendak jangkakan) dan "89" pula merupakan tahun bagi tarikh lahir saya yakni 17 Julai 1989. Nama blog ini bersempena dengan sikap saya suka buat kerja lain dari yang lain dan susah orang lain hendak jangkakan mengenai hasil kerja saya. Tetapi memberi tamparan yang hebat apabila selesai sudah kerja yang saya buat itu. 

Dah masuk 4 bulan saya ber-blogging. Pada awalnya hanyalah catatan peribadi mengenai tazkirah yang berpandukan dalil-dalil dari Al-Qur'an dan hadis. Entri dari facebook kebanyakannya saya cedok, ubahsuai mana yang patut dan terbitkan sekali. Isi entri blog yang saya buat, saya dapat dari buku-buku rujukan, blog-blog ilmiah dan blog-blog berbahasa indon. Di sini, Saya mencuba kelainan dengan memahami istilah perkataan daripada entri blog berbahasa Indon, dan kemudian menukarkan istilah perkataan tersebut menjadi ayat bahasa Melayu yang mudah difahami oleh para pembaca.

(Ada 204 patah perkataan. Err... 54 kira halal boleh tak?)


P/S: Saya start ber-blogging tahun 2009, tapi tidaklah serius. Sebelum 4 bulan kebelakangan ini, selama setahun saya berhenti ber-blogging atas alasan sambung belajar. Awal tahun inilah saya mula serius dalam ber-blogging. Saya suka sekiranya blog saya ini di-follow ramai orang. Tetapi apakan daya. Saya cuba yang terbaik dengan mengongsikan tips-tips motivasi. Ramai pelawat "silent reader". Mereka kurang respon tentang kesedaran agama dan pendedahan motivasi. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger