Searching...

Hikmat Kekalahan Parti Islam (PAS) Dalam PRU-13

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Boleh muhasabah diri dengan kekalahan Parti Islam (PAS) dalam PRU-13, tetapi mencanangkan salah pada orang itu atau orang ini akan merosakkan seluruh tunjang perjuangan yang sama-sama dibina sepanjang 5 tahun yang lalu. Sebaliknya musibah yang dialami akan menambahkan rasa kenikmatan sekiranya kita menghayatinya erti sesuatu musibah tersebut. Kalau hendak tahu lebih lanjut, bolehlah pergi ke artikel yang bertajuk, [musibah adalah suatu kenikmatan apabila kita menyedarinya].

Hanya ahli/penyokong PAS yang tidak faham akan situasi sekarang sahaja suka memainkan isu dan menuding jari apabila menerima kekalahan dalam PRU-13. Bermuhasabahlah diri, ini semua kerja Allah S.W.T (qada' dan qadar-Nya). Sebenarnya PAS telah menang dan berjaya menambat hati pengundi bukan Melayu dan juga Melayu berpendidikan. Cumanya PAS perlu lebih bekerja keras untuk menambat hati pengundi Melayu luar bandar yang masih lagi terbelenggu dengan mentaliti kemelayuan jumud dan kebendaan akibat daripada pengaruh media massa milik kerajaan berserta momokan isu perkauman yang sedang hangat diperkatakan sekarang.


Cadangan saya, hentikan menyalahkan sesama sendiri. [Kembalilah kepada fitrah]. Lihatlah pada kelemahan dan kekuatan yang ada, susunlah gerak kerja semula. Kekuatan PAS ialah pada gerak kerja akar umbinya yang tidak mengharapkan imbuhan kebendaan duniawi semata-mata. Allah bukan sahaja menguji orang yang menang. Orang yang kalah juga Allah datangkan ujian.

Berikut adalah lirik lagu ketuhanan di bawah yang boleh kita hayati untuk dijadikan renungan bersama sebagai pembakar semangat untuk [kembali kepada fitrah]. Kita semua telah sedia maklum, setiap apa yang telah terjadi walaupun dengan segala usaha keras yang telah kita sumbangkan terhadap sesuatu perancangan yang telah kita lakukan, namun tidak juga membuahkan hasil. Tetapi, perancangan Allah S.W.T mengatasi segala perancangan kita semua. Betapa peliknya perancangan Allah S.W.T terhadap situasi sekarang ini. Lirik lagu di bawah dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Diwani yang bertajuk 'Pelik Kerja Tuhan' boleh kita ambil iktibar daripada kekalahan Parti Islam (PAS) dalam PRU-13. Sama-sama kita hayati:

Pelik kita lihat pekerjaan TUHAN
Kita pun tidak tahu hikmah sebenarnya
Tapi kita yakin setiap kerja TUHAN
Mesti berhikmah dan ada pengajaran
Juga kita tidak dapat menyingkap rahsia-NYA

Mari kita lihat sedikit kerja TUHAN
Walaupun sedikit tetap ada hikmahnya
Memang pelik dan unik kerja TUHAN

Apabila ALLAH TAALA murka pada seseorang
Didorongnya orang itu berlaku zalim kepada seseorang
Agar dia derhaka dan berdosa

Bila TUHAN cinta pada seseorang
Dia dizalimi oleh seseorang
Maka dia pun mendapat pahala
Untuk menghapuskan dosanya

Begitu juga seseorang yang diberi rezeki secara istidraj
Ertinya mendapat rezeki secara murka
Kemudian dialirkan sebahagian rezeki
Kepada seseorang yang bertaqwa dengan tidak ikhlas
Yang diberi rezeki mendapat pahala kerana dia bersyukur

Anehnya yang memberi tidak mendapat pahala
Yang kena beri pula mendapat pahala
Begitulah seterusnya

Sebagai contoh lagi
Apabila TUHAN murka pada seseorang
Didorongnya orang itu memaki seseorang

Kemudian jika TUHAN cinta seseorang
Dibiarkan dia dimaki oleh orang

Mengapa orang yang ALLAH murka dibenarkan menyusahkan orang
Tapi orang yang dicintai-NYA disusahkan oleh orang

Anehnya kerja TUHAN
Kalau kita tidak faham
Mungkin kita menyalahkan TUHAN
Maha Besar-NYA, Suci-NYA TUHAN daripada melakukan kesalahan
Maha Besar-NYA, Suci-NYA TUHAN daripada melakukan kesalahan

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger