Searching...

[INFO] Tradisi Memberi Semasa Kita Mengerjakan Ibadah Kepada Allah S.W.T.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kita tidak pernah sedar bahawa selama ini, apa yang kita kerjakan amalan ibadah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T adalah merupakan pemberian kita dalam bentuk ketaatan kita terhadap Allah S.W.T dan dengan secara tidak langsung kita telah menyerahkan jiwa dan raga kita hanyalah untuk Allah S.W.T yakni Tuhan yang telah menjadikan diri kita ini sehingga kita mampu melakukan ibadah kepada-Nya seperti mana di bawah:


Solat 

Islam itu sendiri bermaksud selamat dan memberi keselamatan. Dalam rukun Iman dan rukun Islam terpancar  anjuran memberi itu secara langsung atau tidak langsung. Dalam bacaan solat misalnya, kita diajar, dilatih dan didisiplinkan untuk memberi pujian kepada Allah S.W.T, berselawat kepada Rasulullah S.A.W, memberi salam kepada malaikat dan mendoakan untuk orang Islam yang lain.

Apa tujuan sebenar kita menunaikan solat? Berikut merupakan klip video untuk menerangkan secara terperinci apa sebenarnya yang kita perlu hayati dalam menunaikan ibadah pada setiap hari dan setiap lima waktu agar kita tidak melakukan ibadah tersebut secara terpaksa. Sama-sama kita hayati: 





Puasa

Begitu juga dengan syariat puasa. Antara hikmahnya agar kita merasai kesusahan orang miskin dan dengan itu kita terdorong untuk memberi bantuan kepada mereka. Dan pada bulan Ramadhan, kita dianjurkan untuk bersedekah, memberi makanan untuk orang berbuka puasa dan sebagainya. Manakala tuntutan mengeluarkan zakat adalahditunjangi oleh kewajipan memberi kepada lapan golongan asnaf yang sangat memerlukan dalam masyarakat.


Korban dan Akikah

Begitu juga dengan amalan korban, akikah dan memberi jamuan kepada orang miskin, yakni kesemuanya berasaskan sikap memberi. Apabila ada pelanggaran hukum ataupun kesalahan dalam melaksanakan sesuatu ibadah, kita juga dianjurkan untuk memberi, misalnya kewajipan membayar dam (dalam ibadah haji), kafarah (dalam ibadah puasa), diat (dalam jenayah membunuh) dan lain-lain. Antara hukumannya membebaskan hamba abdi, memberi makan kepada fakir miskin dan lain-lain lagi.


Adab Pergaulan

Dalam adab pergaulan pula, Islam menggalakkan umatnya untuk memberi salam sebaik sahaja bertemu dengan saudara sesama Islam dengan kita. Memberi salam bermaksud kita berdoa demi kesejahteraan saudara kita. Begitu juga dengan membalas salam, kita membalas pemberian doa itu dengan satu doa yang setimpal (wajib), malah disunatkan membalas salam dengan salam yang lebih baik lagi.

"Kita juga digalakkan sering berziarahi (memerlukan kita memberi masa, wang dan tenaga), memberi hadiah, mengucapkan tahniah, menyampaikan takziah dan lain-lain perlakuan yang bersifat memberi."

Malah Islam menganjurkan memberi bukan sahaja kepada yang hidup, bahkan kepada mereka yang telah meninggal dunia. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain ada lima: Menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengikuti jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan menjawab bersin." (Riwayat al-Bukhari, al-jami' al-Sahih, Maktabah Salafiah, 1400H, no. 1240).

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger