Searching...

Iran, Basyar Assad Dan Hizbullah (Lebanon) Berpisah Tiada

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dipetik dari halaman "El-Watan" yang berpengkalan di Kaherah, Mesir mendedahkan agensi berita "Fars" Iran yang menyiarkan gambaran awal Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu oleh pengikut Syiah.

Halaman tersebut mendedahkan, lelaki yang terlibat dalam sidang media menyiarkan Imam Mahdi dakwaan Syiah itu ialah Panglima Angkatan Pengawal Revolusi negara Iran, Muhammed Ja'fari (dalam bulatan merah), bukan calang-calang orang. Rujuk gambar di bawah:


Perlu diingat, peranan yang dimainkan oleh Pasukan Revolusi Iran bagi mempertahankan rejim Basyar di Syria terlalu kuat.

Selama lebih dua tahun ini Ja'fari selaku ketua tertinggi angkatan tentera Revolusi Iran telah menghantar banyak pasukan tenteranya itu bagi memastikan kebangkitan rakyat Syria dapat dipatahkan.

Kerjasama erat antara rejim Basyar dengan Iran dan Hizbullah (bukan gelaran Hizbullah, tetapi Hizbussyaitan) seperti isi dengan kuku. Tanpa sokongan kuat dari dua 'dajjal' ini maka mustahil Basyar dapat bertahan hingga hari ini dengan melakukan penyembelihan dan pembunuhan bersiri (secara beramai-ramai).

Sementara "El-Watan" turut melaporkan kenyataan Menteri Komunikasi dan Perhubungan Iran bahawa pihaknya akan menyiarkan suara dan gambar Imam Mahdi tersebut melalui internet. Salah seorang pemimpin Pengawal Revolusi berkata, "Suara dan gambar sebenar Imam Mahdi akan disebarkan melalui sebaran moden ke seluruh dunia."

Akidah kita Ahlus Sunnah waal Jamaah tidak menolak sama sekali kemunculan Imam Mahdi tetapi ia hanya cabang iman, bukan satu rukun yang wajib diimani seperti yang dipercayai oleh Syiah.

Antara mazhab yang terkenal dalam Syiah ialah Syiah Dua Belas (Syiah Ithna 'Asyar) iaitu mereka meletakkan keyakinan mesti beriman dengan 12 orang imam mereka bermula dengan Imam Ali dan terakhir Imam Mahdi yang bersifat maksum. Mereka yang tidak beriman dengan imam dua belas ini maka KAFIR. Ini jugalah menjadi pegangan akidah Khomeini yang mengasaskan Republik Islam ala-Syiah IRAN tahun 1979. 

Sifat mendewa-dewakan imam mereka ini menjadikan mereka sesat dan menamakan Mahdi sebagai "muntazar" iaitu yang ditunggu-tunggu sedangkan kita Sunni kemunculan semula Imam Mahdi hanya sebagai "cabang iman" bagi mengembalikan keadilan Islam di dunia ini. Wallahua'lam. Sumber dari "Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria".

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger