Searching...

Iran Mencuri Organ Tubuh Para Mujahidin dan Tahanan Sunni Untuk Para Pesakitnya.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Gambar di atas adalah sekadar gambaran, hiasan dan bukan yang sebenarnya.

Baru-baru ini dilaporkan sebuah berita mengejutkan yang dilakukan oleh pasukan Iran di Syria, yang mana mereka sedang berperang bersama pasukan Rusia untuk menyelamatkan Basyar Assad dan membantu Assad dengan membunuh seluruh bangsa Sunni di Syria.

Dengan bantuan doktor-doktor dari hospital di Iran, sekumpulan doktor Rusia dan Iran membuat beberapa rumah pembedahan di seluruh Syria yang khusus untuk mengambil organ tubuh tahanan Sunni atau Mujahidin terluka yang ditangkap hidup-hidup dalam pertempuran.

Pasukan perubatan tersebut kebanyakannya mengambil hati (liver), ginjal dan sumsum tulang, dan kemudiannya akan membakar mayatnya agar orang lain sukar untuk mengecam pengenalan pada mayat tersebut dan menguburnya di lokasi yang dipilih secara agak sukar ditemukan sehingga tidak akan ada sesiapa yang pernah mengetahui ada organ yang hilang pada mayat itu.

Ada beberapa pasukan perubatan Rusia dan Iran yang bertanggungjawab atas jaminan (di bawah tanggungannya) organ-organ ini sampai betul-betul dikirimkan ke Iran dengan selamat melalui jet udara dan dijual di Iran untuk menyelamatkan para pesakit Iran.

"Association of Kidney Patients Support" dan "Charity Association of Special Diseases" adalah dua nama Badan di Iran yang membayar perdagangan organ semacam ini. Dalam 4 bulan terakhir sahaja, 2 Badan ini telah mencuri 15,000 hati (liver) dari Syria ke Iran, hingga muncul istilah yang kini sudah dianggap wajar di Iran, iaitu "Persatuan hati (liver) dan ginjal Syria".

Menurut laporan yang bocor, di Iran rata-rata pemindahan tidak lebih dari 3,000 per tahun, sama dengan hati (liver) dan sumsum tulang. Organ-organ itu diberi harga sebanyak 3 juta Iranian Riyal. Tapi hospital Libafi Nijad di Tehran melakukan pemindahan lebih dari 4,000 hati (liver) ke pesakit-pesakit di Iran hanya dalam 2 bulan terakhir, hingga membuat doktor-doktor lain berasa hairan dari mana datangnya organ-organ itu? Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger