Searching...

Istilah 'Orang Akhirat' Bagi Seseorang yang Sentiasa Sibuk Di Dunia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Jika boleh dikatakan sebegitu yakni 'orang akhirat' iaitu istilah bagi seseorang yang paling sibuk di dunia. Seperti yang telah saya katakan dalam entri yang bertajuk, [Kecemerlangan Di Dunia VS Kecemerlangan Di Akhirat] dengan berdasarkan kata para Ulama' dalam entri tersebut (sila klik entri berkenaan). 

Bayangkan, seorang petani yang sedang dalam proses menanam atau berkebun, tentulah keadaannya amat sibuk sekali. Pada awalnya, dia sibuk menebas semak, belukar atau hutan untuk memulihkan tanah kebunnya. Selepas itu, dia sibuk pula untuk menanam, mengairi, membajai dan menjaga pokok atau tanamannya. Kemudian, dia akan sibuk membina pagar dan mencari racun serangga untuk menjaga pokoknya daripada serangan serangga perosak.


Begitulah seharusnya sikap seorang mukmin yang merasakan dunia ini sebagai tempoh berkebun (bercucuk tanam). Dia sentiasa aktif, produktif dan memanfaatkan masanya untuk menjaga "pokok" yakni amalannya di dunia. Sekali lagi ingin saya tegaskan:
"Menjadi seorang mukmin, secara automatik telah menjadi seorang yang [profesional], yakni orang yang rajin, proaktif, produktif, aktif dan dinamik."
Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger