Searching...

Jeritan Batin Manusia Akibat Daripada Rekaan Skrip Kehidupan yang Direka Olehnya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hakikatnya, kita dihidupkan di dunia ini tanpa diminta oleh kita sendiri. Kita semua diciptakan atas ihsan Yang Maha Pencipta. Skrip kehidupan kita semua telah dicipta dan ditetapkan oleh-Nya. Oleh sebab itu, kita tidak pinta lahir ke dunia maka sudah pasti kita tidak tahu apakah sebenarnya misi atau sebab bagi kewujudan kita di dunia ini. Persoalan visi dan misi hidup kita ini menjadi persoalan utama yang perlu kita huraikan dalam perjalanan kehidupan kita selama ini.

Ironinya, masih ramai yang tidak tahu apakah tujuan sebenar kita dihidupkan? Begitu jugalah ramai yang tidak tahu apakah tujuan sebenar kita dimatikan? Padahal tujuan hidup dan tujuan mati saling berkaitan. Hubungan saling-menyaling antara hidup dan mati ini dijelaskan oleh golongan bijak pandai:

"Siapa yang tidak tahu untuk apa dia perlu mati, maka dia tidak layak untuk hidup!"

Tujuan hidup dan mati telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Persoalan hidup dan mati perlu dibongkar untuk memberi semangat bagi meneruskan kehidupan ini. Itulah skrip kehidupan manusia. Malangnya, manusia sering mencipta skrip  kehidupan rekaannya sendiri. Skrip hidup ciptaan manusia pasti berakhir dengan kegagalan dan kemusnahan. Sering terjadi, yang kita inginkan melayang, yang dibenci pula bertandang. Jadi, apa implikasinya?

Kejam! Boring! Tension! Frust! Itulah jeritan batin manusia moden apabila hidup dirasakan serba tidak kena dan keliru. Maka lahirlah suara-suara tertekan seperti: "Tidakku pinta lahir ke dunia," dan kata-kata, "Oh Tuhanku... Kau cabutlah nyawaku."

Inilah bahana apabila manusia cuba mencipta skrip kehidupan sendiri. Sejenak, mari kita hayati syair Llia Abu Mahdi - al-Thalasim, yang telah menggambarkan betapa huru-haranya skrip kehidupan ciptaan manusia:


Alam ini apa? Manusia ini siapa? Dari mana aku datang?
Hidup ini apa? Kematian itu apa?
Bagaimana keadaan akan datang? Adakah lagi 'hidup' selepas hidup ini?

Aku datang, aku tidak tahu dari mana...
... tapi aku datang jua.
Aku menempuh jalan terbentang di depanku...
... lalu aku pun berjalan.
Akan selamanyakah aku berjalan? Sekalipun aku mahu atau tidak mahu?
Bagaimana caranya aku datang? Bagaimana aku dapat menempuh jalan?


Aku tidak tahu!
Akukah yang mengendalikan diriku dalam hidup ini...
... atau aku dikendalikan?
Aku ingin supaya aku tahu, tetapi...
... aku tidak tahu!


Barukah aku atau sudah usang?


Dalam dunia ini...
... adakah aku bebas merdeka?


Atau seorang tawanan yang terbelenggu?


Jalanku! Apakah itu jalanku? Panjangkah atau pendek?
Adakah aku akan mendaki atau menurun atau terjerumus?
Akukah yang berjalan atau jalankah yang berjalan?
Atau kedua-duanya berhenti dan zaman yang mengalir cepat?


Ohhh... aku tidak tahu!


Syair di atas jelas menggambarkan betapa keliru dan celarunya akibat menolak skrip kehidupan ciptaan Allah S.W.T. Faktornya adalah disebabkan kurang didikan agama, belum mendapat petunjuk (hidayah) dari Allah S.W.T dan tersesat dalam mencari [jalan kebenaran]. Masih ramai di luar sana yang tidak tahu jawapan yang tepat dan jelas tentang kehidupan ini. Akibatnya, ramai yang berani mati kerana takut untuk meneruskan kehidupan ini dan dalam erti kata lain, bunuh diri! Dan ramai pula yang kelihatan pada zahirnya sahaja hidup, tetapi hakikatnya telah mati (bangkai bernyawa) atau sekadar, "hidup segan mati tak mahu," atau "digantung tak bertali, disalai tak berapi!" Wallahua'lam. Sekadar perkongsian untuk kesedaran kita semua.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. 92

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)

    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger