Searching...

Keadaan Alam Semesta Ketika Berlaku Kiamat Diibaratkan Seperti Belon Meletup?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Menurut teori Big Bang, alam semesta yang luas tidak diketahui di manakah penghujungnya adalah bermula dari satu titik. Maka dari titik inilah ia meletus lalu meluru dengan lajunya ke serata arah, mengembang hinggalah membentuk alam semesta hingga ke hari ini. Proses pengembangan ini masih berterusan dan sentiasa semakin meluas.

Firman Allah S.W.T dalam al-Quran:

وَالسَّمَاء بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

Maksudnya: "Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami, dan sesungguhnya Kami berkuasa MELUASKANNYA." (Surah Adz-Dzaariyaat ayat 47).

رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا

Maksudnya: "Dia telah MENINGGIKAN bangunan langit itu lalu menyempurnakannya." (Surah An-Naazi'aat ayat 28).


Titik asal itu memiliki kepadatan yang tidak terfikir oleh kita, kerana di dalamnya ada terkandung seluruh alam semesta ini. Boleh jadi kepadatannya 'melebihi tahap maksima'. Antara hujah kepadatan ini boleh kita lihat dalam ayat berikut, firman Allah S.W.T:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقاً فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاء كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

Maksudnya: "Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya LANGIT DAN BUMI ITU PADA ASALNYA BERCANTUM, lalu Kami pisahkan kedua-duanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?" (Surah Al-Anbiyaa' ayat 30). 


Gambaran Ringkas Mengenai Teori Big Bang.

Sebelum kejadian 'Big Bang' berlaku, ruang (space) masih belum ada, tempat belum tercipta, arah tidak wujud dan sempadan ataupun sisi masih belum menjadi kenyataan. Langit dan bumi belum diwujudkan. Dimensi dan waktu belum dicipta lagi. Berikut adalah klip video yang boleh dijadikan sandaran:


Walaupun proses pengembangan alam semesta ini dirasakan masih berterusan tetapi kelajuan sentakannya (surge) semakin lemah. Tidak seperti pada asal letusan yang mana kelajuannya sangat hebat, kini ia menjadi semakin perlahan. 

Samalah dengan kisah 'bulu-bulu yang dilastik'. Pada mulanya meluru bak peluru, kemudiannya semakin perlahan dan akhirnya proses sentakannya itu terus berhenti. Samalah dengan bunga api yang ditembakkan ke udara. Pada awal letusannya, begitu laju api-apinya menerpa ke serata arah tetapi kemudiannya semakin perlahan dan akhirnya terus berhenti.



Sama juga dengan letusan bom nuklear. Dalam masa sesaat bom itu menghasilkan letusan yang mana ruang letupannya menjadi berkali-kali ganda saiz gelombang. Ketika ia mula-mula meletus, ledakan dari 'pusat letupan'nya sangat laju ke serata arah. Apabila semakin menjauh ia semakin perlahan dan akhirnya berhenti setakat mana kemampuannya. 

Begitulah halnya bagi proses pengembangan alam semesta. Ia adalah letusan raja segala nuklear namun hari ini kuasa letusannya mungkin sudah terlalu lemah dan boleh jadi juga sudah terhenti.

Selepas kuasa letusannya habis (terhenti), apa yang berlaku? 

Dijangkakan alam semesta akan kembali menguncup. Penguncupannya ini kembali menuju ke satu titik asal. Ketika itulah segala yang ada di langit ini akan berdekatan sesama sendiri dan akhirnya bertembung. Bintang-bintang yang dulunya jauh dari bumi seolah-olah meluru ke bumi. Pada sudut pandangan penduduk bumi, bintang-bintang ini akan jatuh. Teori penguncupan ini dikenali sebagai 'BIG CRUNCH'.

Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran yang berbunyi:

يَوْمَ نَطْوِي السَّمَاء كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُّعِيدُهُ وَعْداً عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ

Maksudnya: "Hari Kami MENGGULUNG LANGIT seperti menggulung lembaran surat catatan; SEBAGAIMANA Kami MEMULAKAN KEWUJUDAN SESUATU KEJADIAN, Kami ulangi wujudnya lagi; Sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; Sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya." (Surah Al-Anbiyaa' ayat 104)

Pada hari kehancuran itu Allah akan menggulung semula alam semesta (mengembalikannya ke titik asal) sebagaimana Dia membentangkannya ketika alam semesta itu dicipta oleh-Nya.


Koyakkan Alam Semesta.

Satu teori lagi menjangkakan proses pengembangan ini akan terus berlaku namun tetap membawa kepada kemusnahan alam semesta. Teori ini dinamakan 'BIG RIP'. 

Untuk memahami teori ini kita ambil contoh belon. Ketika mula-mula ia ditiup kulit belon tebal. Apabila belon itu semakin besar, semakin nipislah kulitnya. Akhirnya, apabila keadaan belon tersebut meregang dan mengembang hingga ke tahap maksima, ia akan terkoyak lalu meletup. 

Alam semesta ini juga akan terkoyak apabila ia kelihatan seperti belon itu tadi yang mana kelihatan meregang dan mengembang melebihi kemampuannya. Mungkin hal inilah yang digambarkan oleh Allah S.W.T kepada kita melalui firman-Nya:

إِذَا السَّمَاء انشَقَّتْ

Maksudnya: "Apabila langit terbelah." (Surah Al-Insyiqaaq ayat 1).

إِذَا السَّمَاء انفَطَرَتْ

Maksudnya: "Apabila langit terbelah." (Surah Al-Infitaar ayat 1).

وَانشَقَّتِ السَّمَاء فَهِيَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ

Maksudnya: "Lalu terbelahlah langit, lalu ia ketika itu menjadi reput (lalu runtuh)." (Surah Al-Haaqqah ayat 16).

Saksikan klip video di bawah:


VV Cephei adalah di antara bintang terbesar yang diketahui manusia (VY Canis adalah majoriti yang terbesar) adalah 288,194 kali lebih besar daripada bumi kita.

Saksikan klip video yang di bawah pula:


Nisbah bumi kita terhadap VV Chepei pun hanya sebesar habuk, entah sebesar manalah bumi kita ini berbanding seluruh alam semesta ini. Sehalus manalah kita di sisi ilmu dan kerajaan Allah S.W.T yang teramat luas ini? Tapi manusia masih merasa dirinya hebat. Astaghfirullahal'azim. 

Wallahua'lam. Sumber dari blog Macjay.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger