Searching...

Kecemerlanagn Di Dunia VS Kecemerlangan Di Akhirat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kecemerlangan di dunia dan di akhirat saling berhubung kait berdasarkan kata para ulama':

"Dunia adalah tanaman-tanaman untuk akhirat."

Sebagai kiasan, ini menunjukkan bahawa tanaman di dunia mestilah subur, lebat dan sihat supaya buah yang lebat dan manis rasanya boleh dipetik di akhirat. Kalau tanaman sudah layu, kering dan bantut, mana mungkin buah yang elok dan manis boleh dipetik daripadanya? Samalah keadaannya, mana mungkin kita mendapat kecemerlangan di akhirat jika tidak cemerlang di dunia?

Sikap mengabaikan kecemerlangan di dunia, yang kononnya untuk memberi tumpuan kepada kecemerlangan akhirat adalah salah. Sebaliknya, umat Islam mesti cemerlang di dunia kerana itulah penyebab untuk mendapat kecemerlangan di akhirat. Dunia ini penting bagi orang yang mementingkan akhirat. Percayalah bahawa:


"Hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hidup di akhirat."

Dunia adalah modal dalam perniagaan kita untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat. Hidup di dunia adalah tempoh yang sangat krtikal bagi meraih kejayaan di akhirat. Kesilapan kita memanfaatkan kehidupan di dunia akan memberi impak yang sangat buruk di akhirat. jika tempoh masa hidup di dunia ini tidak diisi dengan sebaik-baiknya, maka kekesalan dan kecewaan akan menimpa kita di akhirat. Ingatlah, "Siapa yang menyemai angin, dia terpaksa menuai badai." Kehinaan di dunia akan menyebabkan kehinaan di akhirat.

Mari kita menyingkap hasil bagi seseorang itu memperoleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.


Kecemerlangan di dunia:

1. Keselesaan dan kemudahan (material dan fizikal).
Sekiranya keperluan material dan fizikal dapat dipenuhi. Maka, kita mendapat makanan yang halal dan baik, rumah yang selesa, kenderaan yang bagus, pakaian yang mencukupi dan kesihatan yang elok. Kita tidak digugat oleh kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Semua itu mestilah diperoleh secara halal dan toyyib.

2. Ketenangan dan kebahagian (spiritual).
Mendapat kesejahteraan hati (qalbun salim). Dengan itu, terbentuklah rumah tangga yang harmoni (baiti jannati), masyarakat yang penyayang dan negara yang aman makmur serta mendapat keampunan Allah S.W.T.


Kecemerlangan di akhirat:

1. Keredhaan Allah S.W.T.
Diterima sebagai hamba Allah S.W.T dalam erti kata sebenar. Diampunkan segala dosa dan kesalahan. Dikurniakan rahmat dan pengampunan di akhirat kelak.

2. Syurga yang abadi.
Mendapat pembalasan syurga yang kekal abadi daripada Allah S.W.T.

Dua kategori kecemerlangan (di dunia dan di akhirat) itulah yang disebut di dalam Al-Qur'an dan ia mesti dimiliki oleh umat Islam. Kedua-dua kecemerlangan ini saling berkait rapat dan tidak boleh terpisah, Hubungannya terjalin dalam bentuk yang bersepadu. Islam tidak mengajar kita untuk meminggirkan dunia kerana akhirat dan begitulah sebaliknya. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. salam admin, bagaimana pula dengan kenyataan bahawa "seringkali orang yang miskin lebih ramai di syurga berbanding orang yang kaya"...mohon pencerahan...terima kasih

    ReplyDelete
  2. Saya kutip dari hadis Nabi S.A.W berkenaan orang yg ramai masuk ke dalam syurga adalah dari golongan yg miskin seperti berikut:

    Usamah Zaid melaporkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W ada menerangkan: “Saya berdiri di hadapan pintu syurga. Kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya adalah orang miskin. Orang kaya pula masih ditahan untuk dikira amalan mereka, kecuali mereka yang memang ahli neraka, diarahkan masuk ke dalam neraka. Kemudian saya berdiri di hadapan pintu neraka. Kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya adalah orang perempuan.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger