Searching...

Kehebatan Minda Separa Sedar yang Belum Diketahui Ramai

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Minda separa sedar usah diceritakan kehebatannya. Terdapat beberapa kajian dan bacaan yang dapat dibuat. Ringkasnya, minda separa sedar sangat membantu dalam kehidupan seseorang. Ia bekerja tanpa penat walaupun pada masa itu, kita sedang diulit mimpi. Untuk mengetahui rahsia yang ada kaitan dengan penguasaan minda separa sedar, bolehlah rujuk di entri yang bertajuk, [Pendedahan Rahsia Menggunakan Naluri yang Terdapat Pada Kelebihan Diri Masing-masing]. 



Perkara yang penting adalah memasukkan input yang betul ke dalam minda separa sedar berkenaan dengan perihal perkara yang ingin dicapai. Kita mungkin tidak mempunyai sebarang idea bagaimana ia dapat dicapai. Tetapi selagi kita tahu penghujungnya, minda separa sedar ini akan mencari jawapannya.


Umpama anda memulakan perjalanan yang jauh dengan memandu dalam keadaan yang gelap. Anda dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk pulang bercuti ke kampung halaman. Anda tidak nampak apa yang ada di hadapan, tetapi anda mengetahui matlamat akhir anda.




Anda bergerak selangkah demi selangkah dengan bantuan sepanjang 50 meter. Akhirnya anda akan sampai juga di Kedah walaupun pada awalnya, anda tidak nampak keadaan jalan sejauh lebih daripada 50 meter menerusi penglihatan kereta anda. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. separa sedar ni yang masih tidur tu ke? wah...


    Artikel baru aku - Siti Sarah & Shuib Sepah Terima Cahaya Mata Kedua

    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/05/siti-sarah-shuib-sepah-terima-cahaya.html

    ReplyDelete
  2. yup, lebih kurang gitu.

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger