Searching...

[KEMENANGAN] Peribadi VS Umum - Mana Satu yang Patut Buat Dulu?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kini telah ramai yang akur bahawa untuk melahirkan komitmen, kasih sayang, amanah, regu kerja yang baik kepada keluarga atau organisasi, mestilah dengan setiap anggotanya terlebih dahulu melihat dan kembali ke dalam diri masing-masing. Inilah pendekatan proaktif berdasarkan ungkapan:

"Personal victory come first before public victory - kemenangan peribadi harus dicapai terlebih dahulu sebelum kemenangan umum."

Benarlah, hanya apabila hati setiap individu kembali kepada tujuan dan jalan hidup yang satu, maka barulah anggota dalam keluarga dan organisasi akan mudah bersatu. Sekiranya anda masih samar-samar faham mengenai persoalan hati, bolehlah rujuk pada entri yang bertajuk, [Servis Hati VS Servis Kereta - Mana Satu yang Anda Utamakan Dulu?].

Sesungguhnya elemen-elemen yang ada dalam rukun Iman, Islam dan Ihsan itu bukanlah sesuatu yang terpisah atau terpinggir daripada urusan kepimpinan, pentadbiran, komunikasi, pemasaran, pembangunan dan penyelidikan (R&D). Malah, elemen-elemen tersebut akan memperlihatkan hubungan yang kukuh antara ibadah dengan kerja, laba dengan pahala, material dengan spiritual, dunia dengan akhirat dan sebagainya. Wallahua'lam. Sekadar perkongsian. 

P/S: Maksud regu - perubahan; Manakala maksud laba - keuntungan.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger