Searching...

Kenapa Perlu Ada Hari Akhirat?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata

Kepercayaan kepada hari akhirat adalah fitrah manusia. Semua manusia, tidak kira apa agama, bangsa dan warna kulitnya, percaya akan adanya kehidupan akhirat. Cuma istilah sahaja yang berbeza-beza. Penganut Hindu percaya bahawa akan adanya kelahiran semula, yang mana nantinya hukum karma akan ditegakkan yakni yang baik dapat balasan baik dan begitulah sebaliknya.

Begitu juga penganut Buddha. Mereka juga percaya akan kehidupan kedua iaitu kehidupan selepas mati. Sering kita tonton drama Cina yang memaparkan hero dan heroin bersumpah setia untuk hidup bersama pada kehidupan kedua. Kristian, Yahudi dan lain-lain agama juga percaya tentang adanya syurga, neraka walaupun dengan istilah yang berbeza.

"Soalnya, mengapa semua manusia percaya akan adanya kehidupan selepas mati? Dengan kata lain, kenapa perlu ada hari akhirat? Mungkin banyak jawapannya."

Tetapi saya ingin ketengahkan satu sahaja. Ini kerana, tidak ada keadilan yang mutlak di atas muka bumi ini. Sering berlaku, orang yang baik tidak mendapat balasan atas kebaikan yang dibuatnya. Begitu juga orang yang jahat kadang-kadang terlepas hukuman di dunia kerana kelicikannya mengelakkan diri daripada dihukum.

"Dunia ini tidak adil! Begitu kerap kita dengar daripada mulut si penyair."

Undang-undang di dunia ini sentiasa ada 'loop hole' yang menyebabkan pesalah sebenar terlepas. Dan kalau ada pun yang terhukum, kadang-kadang tidak sepadan dengan kejahatan yang dilakukan. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. awww susahnya cari ruangan komen ni haha...rupanya kat bawah...

    ReplyDelete
  2. horr laa... takkan kat atas pulak?

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger