Searching...

Kita Kena Lawan Diri Kita Sendiri!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Orang yang mempunyai harga diri yang rendah sering dihantui oleh kata-kata: "Aku akan gagal." Atau, "Dulu pun macam ni juga azam aku, tapi balik-balik macam itu saja hasilnya." Atau, Sudahlah, aku memang tak boleh. Aku memang jenis yang tak boleh nak menang."

Para pendidik selalu mengingatkan kepada kita bahawa musuh kepada kejayaan kita adalah diri kita sendiri. "Only me can beat me," kata Shane Mosley, seorang peninju suatu ketika dulu. Ikuti temubual bersama Afdlin Shauki dan Dr. Azizan Osman di dalam Nasi Lemak Kopi O di TV9 dalam klip video di bawah ini (sekadar bersantai sahaja):



Sebagai contoh:
  • Ada remaja, ketika ditanya mengapa baju di luar nampak cantik tetapi baju singlet (di dalam) nampak koyak rabak? mungkin dia menjawab, "Orang lain tak nampak singlet saya." Memang orang lain tidak nampak, tetapi diri kita sendiri ini bagaimana? bagaimana kita melayan diri kita sendiri? Ini ada kaitan dengan harga diri yang rendah iaitu dengan anggapan, "Yang penting apa orang lain kata." Sepatutnya, kita kena ambil peduli tentang apa yang kita kata terhadap diri kita ini.
  • Diperhatikan juga, ada orang yang menyimpan pinggan dan mangkuk yang mahal dalam almari hiasan di ruang tamunya sedangkan dia sendiri hanya menggunakan pinggan buruk. Kenapa? Kerana dia lebih pentingkan perhatian dan pujian tetamu yang datang ke rumahnya. Sedangkan dirinya sendiri rela makan menggunkan pinggan yang buruk. Bukan kerana menghormati tetamu, tetapi dia lebih cenderung kepada kebimbangan tentang apa yang orang lain akan kata terhadap dirinya (dengan erti kata lain, dia mengharapkan feedback yang positif daripada orang lain). Inilah persoalan yang selalu menghantui orang yang mempunyai harga diri yang rendah.

"Sebenarnya kita perlu menghargai diri kita terlebih dahulu, barulah kita boleh menghargai orang lain."


Secara logiknya, bolehkah seseorang yang tidak mempunyai wang, perlu memberi wang kepada orang lain? Sudah tentu tidak. Maka begitulah juga keadaannya. Orang yang tidak mempunyai harga diri tidak akan dapat menghargai orang lain. Sebab itu, apabila ada orang yang suka memperkecil-kecil, memperlekeh-lekeh, mengejek, mencemuh dan menganjing orang lain, itu petanda bahawa harga dirinya rendah. Bukan orang yang dicemuhnya itu! Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger