Searching...

Kita Sebenarnya Lebih Kuat Daripada Apa yang Kita Sendiri Jangkakan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bagi yang sudah mengenal kelebihan diri sendiri melalui entri yang bertajuk, [Nasihat Ini Membolehkan Potensi Diri Kita membangun Ke Tahap maksimum], tetapi masih gagal membangunkannya ke tahap maksimum. Maka Henry Ford menegaskan bahawa:

"Setiap manusia lebih kuat daripada apa yang dia sendiri jangkakan."

Katalah pada anggapan kita, kita boleh mencapai kejayaan di skala 6. Sebenarnya kemampuan kita lebih daripada itu yakni pada skala 7, 8, atau 9 dan mesti melebihi 6. Ini satu hakikat yang dapat dibuktikan secara saintifik. 

Mari ikuti penjelasan melalui cerita yang bertajuk, "Wanita Dengan Anjing Garang." Saksikan...


Di sebatang jalan kelihatan seorang wanita sedang melangkah perlahan-lahan. Tiba-tiba seekor anjing garang mengejarnya. Apa lagi, wanita itu pun lari bertempiaran dan melompat dengan sekuat hatinya. Melompat pagar, melangkah longkang besar dan sebagainya.

Setelah selamat daripada dikejar anjing itu, wanita itu berasa hairan dengan keupayaannya sendiri yang mana sebelum ini belum pernah dialaminya dengan keupayaannya yang luar biasa itu tadi. Bagaimana dia mampu berlari selaju dan sekuat itu? Dia sendiri tidak menyangka dan menjangka kebolehannya boleh sampai ke tahap itu. Apa tidaknya, langkahnya boleh menjangkau parit yang lebar dan melepasi pagar yang tinggi!

Sebenarnya semasa dikejar anjing itu, wanita tersebut telah mengeluarkan seluruh potensi dirinya ke tahap paling maksimum. Tenaganya dikeluarkan dengan sehabis maksimum yang mungkin. Tumpuannya hanya satu, yakni dengan mengelakkan diri daripada digigit anjing itu. Mengapa ini boleh terjadi? Ini disebabkan oleh ancaman terhadap diri wanita itu. Apabila diancam, wanita itu telah memaksakan dirinya dengan mengeluarkan seluruh tenaganya untuk mengatasi ancaman itu! Pada masa itu, pemikirannya terlalu jauh hendak memikirkan tentang hal-hal peribadinya, hal-hal had keupayaan dirinya dan hal-hal yang tidak ada kaitan dengan situasi yang dialaminya pada ketika itu.

"Jadi, logik sekali kalau dikatakan bahawa kita lebih kuat daripada apa yang kita jangkakan."

Itu baru dilihat dari segi kekuatan fizikal. Sebenarnya hal yang sama boleh terjadi pada kekuatan minda, jiwa dan emosi. Dalam sel neuron otak yang berjumlah 1000 bilion itu, manusia cuma menggunakan tidak sampai 10 peratus. Orang yang bijak, bukan kerana otak mereka lebih besar dan bermutu tinggi, tetapi kerana mereka menggunakan otak mereka secara maksimum berbanding orang lain.

Anda pernah memiliki komputer riba (laptop) atau telefon bimbit (smartphone) yang mempunyai pelbagai aksesori dan program? Ironinya, ramai dalam kalangan anda semua hanya menggunakan satu atau dua program sahaja. Jadi, mana selebihnya? Terbiar begitu sahaja? Ya, keadaannya samalah seperti diri kita yang penuh potensi ini. Ia telah dipersiakan oleh diri kita sendiri dengan menggunakan potensi yang kurang atas sebab faktor gangguan  minda, jiwa dan emosi disebabkan terlalu banyak memikirkan tentang hal-hal peribadi, hal-hal had keupayaan diri dan hal-hal tidak ada kaitan dengan situasi yang dialami sekarang. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger