Searching...

Mari Mengenali Omar Mokhtar yang Diberi Gelaran, "Singa Padang Pasir" (1861 - 1931)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Komandan Omar Mokhtar yang dahulunya adalah seorang pengajar (guru) Al-Quran berbahasa Arab yang sederhana, kemudian ia beralih ke jihad pada usianya 53 tahun. Ribuan serangan telah beliau lakukan terhadap penjajah Itali. Beliau juga handal dalam teknik perang gerila dan strategi perang gurun. Akhirnya beliau telah ditangkap dan dibunuh dengan hukuman gantung sampai mati pada usianya 73 tahun. Sejak itulah, perjuangan beliau diteruskan oleh generasi-generasi sepeninggalannya.

Omar Mokhtar juga adalah seorang pejuang berbangsa Libya dan beliau mempunyai pengalaman berjihad lebih daripada 20 tahun. Pencapaian beliau ialah dengan membebaskan Libya daripada penjajahan Itali.


Berikut adalah kisah sebenar sejarah penglibatan beliau dalam peperangan selama 20 tahun:

Omar Mokhtar menjadi komandan perang dan ahli strategi di kawasan kota Barga. Selain kerjayanya sebagai seorang guru, Omar Mokhtar juga handal dalam bidang strategi perang gerila di padang pasir. Ia mengetahui keadaan geografi negerinya dengan sangat baik. Ia juga boleh memanfaatkan keadaan geografi Libya untuk memenangkan pertempuran. Apalagi tentera Itali tidak biasa dengan peperangan di medan perang padang pasir.

Dimulai dari beberapa ribu pasukan saja, pasukan Omar Mokhtar bertambah dan terus bertambah saja sampai mencapai 6000 orang. Omar Mokhtar juga membentuk pasukan elit yang sangat sedikit anggotanya kerana harus melalui pemilihan yang teramat ketat. Pasukan ini mirip Brigade Izzuddin Al-Qassam milik HAMAS di Palestin. Pasukan elit yang kecil ini mempunyai mobiliti yang tinggi, mempunyai keterampilan perang yang tinggi dan mereka adalah orang-orang yang paling berani mati (mati syahid).

Seluruh pasukan Omar Mokhtar biasanya menyerang pos-pos hadapan pada benteng-benteng Itali. Mereka juga menyerang pasukan tentera-tentera Itali di mana-mana saja apabila ada konvoi yang membekalkan logistik (makanan dan persenjataan), mereka juga sering menggagalkan penghantaran bekalan tersebut serta merebut logistik untuk dijadikan pampasan perang.

Mereka juga memutus kabel-kabel telegraf dan menyerang pos-pos komunikasi. Operasi-Operasi pasukan Omar Mokhtar sering kali berjaya. Perang jihad ini bergolak dari kota Zwara di bahagian Barat Libya sampai ke kota Salloum di bahagian Timur Libya.

Tentera-tentera Itali adalah pasukan yang sangat terlatih lulusan akademi ketenteraan serta memiliki teknologi perang yang tinggi. Tetapi mereka sering kalah perang melawan Mujahidin Libya yang teknologi perangnya rendah dengan latihan bekalan ketenteraan yang minima saja. Namun, Mujahidin Libya berperang dengan motivasi kuat iaitu mencari keredhaan Allah dan mencari kemuliaan syahid. Terbukti dalam setiap pertempuran, laungan, "Allahu Akbar" selalu bergema di langit dan di bumi. Pasukan Itali tidak mempunyai motivasi dan tidak tahu tujuan apa perang ini. Ini jelas menunjukkan bahawa tentera Itali sering kalah dalam peperangan.

Perang Libya-Itali adalah perang Daud melawan Goliath. Itali mempunyai jumlah pasukan yang jauh lebih banyak, kereta kebal tercanggih pada zaman itu, dan pesawat-pesawat tempur. Mujahidin Libya hanya mempunyai senapang usang dan kuda-kuda. Tetapi, Mujahidin memiliki keberanian yang tiada tara dan keinginan kuat untuk memerdekakan negeri dari penjajahan.

Dalam beberapa pertempuran ratio (nisbah) pasukan Libya dan Itali sering 1:50-100. Tetapi Itali sering kalah kerana pasukannya pengecut! Mereka sering lari tunggang-langgang menghadapi Mujahidin Libya yang berperang dengan laungan, "Allahu Akbar".

Kemudian kerana pengkhianatan salah seorang pasukannya, Omar Mokhtar tertangkap pada tahun 1921. Tetapi berkat kepiawaiannya berdiplomasi dalam bahasa Inggeris, Omar Mokhtar pun cepat dibebaskan oleh tentera Itali.

Pada awal tahun 1923 tentera Itali menduduki dan menyerang kota Benghazi. Kota Benghazi adalah pusat kegiatan tarikat Sanusiyah. Benghazi dahulu adalah ibu kota kerajaan Cyrenaica di bawah pimpinan Muhammad bin Ali As-Sanusi Al Idrisi, sang pendiri tarikat.

Kerana Itali semakin sombong dan kurang ajar, Omar Mokhtar mengangkat senjata lagi dan memimpin lagi pasukannya yang dahulu. Pasukan Omar Mokhtar pun kembali meraih kemenangan-kemenangan seperti dahulu. Tentera Itali semakin kelam-kabut. Mereka menangkap lelaki, perempuan, dan kanak-kanak. Mereka memasukkannya ke dalam kem-kem tahanan seperti mana Nazi buat. Tak hairan, mereka sama-sama fasis (diktator) dan rasis (berkauman). Kem-kem tahanan ini berlokasi di tempat terpencil, jauh dari perkampungan-perkampungan rakyat Libya.

Tujuan kem-kem ini selain untuk melakukan pembunuhan, ada juga dua hal lain lagi, iaitu menyekat bantuan moral kepada Mujahidin dan yang lebih penting menyekat bantuan ekonomi kepada Mujahidin.

Sejak tahun 1921 Libya diperintah oleh Gabernor Jeneral Giuseppe Volvi, seorang ahli perniagaan yang beralih menjadi politikus. Volvi mengumumkan bahawa ia akan memperjuangkan hak-hak Itali dengan darah. Lima belas ribu pasukan Itali pun dikirimkan ke kampung-kampung untuk membunuh penduduk awam. Angkatan Udara Itali pun menyerang penduduk-penduduk awam di kawasan perkampungan-perkampungan.

Ketua operasi ketenteraan ini adalah Pietro Badoglio dan Rudolfo Graziani. Graziani terkenal sejak tahun 1915. Graziani tidak mengecualikan seorang pun dari penyokong-penyokong Omar Mokhtar yang ditangkapnya. Semuanya dibunuh dengan sadis. Bahkan rakyat yang tidak tahu apa-apa dan belum tentu menyokong Omar Mokhtar pun turut juga dibunuhnya.

Selain menyerang kampung-kampung dengan pesawat, Graziani juga membakar dan memusnahkan kampung-kampung dengan para penduduk di dalamnya sekali! Sungguh pembunuhan yang sangat kejam terhadap umat Islam!

Omar Mokhtar pun menyiapkan pasukannya untuk peperangan yang sangat panjang. Omar Mokhtar yang dahulunya hanya komandan di kota Barga, kini menjadi komandan perang Mujahidin untuk seluruh Libya.

Perang berlangsung sangat panjang yakni selama 8 tahun. Dari tahun 1923 sehingga tahun 1931. Selama mana perang yang dipimpin oleh Omar Mokhtar, Itali mederita dengan kerugian yang amat sangat. Tentera Itali pun akhirnya kalah perang di mana-mana tempat. Moral mereka runtuh. Mereka menjadi malas untuk berperang.

Setelah mendapat laporan dari Libya, Benito Musollini sang pemerintah fasis (diktator) di Itali telah mengirimkan 400 000 pasukannya ke Libya. Perang menjadi sangat tidak seimbang. Pasukan Omar Mokhtar paling banyak hanya 10,000 orang. Di dalam Al-Qur'an ada disebutkan ratio (nisbah) paling besar pasukan muslim melawan pasukan kafir adalah 1:10. Sehingga wajar saja kalau 10 000 : 400 000 mengakibatkan pasukan Mujahidin Libya kalah dalam peperangan.

Hukum Sunnatullah berlaku. Apalagi Mujahidin Libya telah berperang dari tahun 1911-1931, atau selama 20 tahun! Sementara pasukan Itali (kecuali pemimpin-pemimpinnya) adalah para tentera yang masih baru lagi dalam peperangan dan pada masa itu masih segar lagi. Pada umur 70 tahun, iaitu pada tahun 1931, Omar Mokhtar ditangkap oleh tentera Itali. Ia pun dikawal oleh pasukan Itali dengan begitu ramai!




Tentera Itali sangat takut kalau Omar Mokhtar terlepas dari tahanannya dan akan memimpin peperangan lagi. Hal ini telah terbukti ketika Itali melepaskan Omar Mokhtar pada tahun 1921. Pada tahun itu terbukti bahawa Omar Mokhtar telah memimpin peperangannya yang boleh menyusahkan pemerintah kolonial Itali pada ketika itu.

Penangkapan Omar Mokhtar adalah sebuah pukulan serius kepada rakyat Libya. Omar Mokhtar pun diadili dalam pengadilan yang tidak adil.

Akhirnya beliau dihukum mati di tali gantung. Hukuman ini dilaksanakan pada tarikh 16 September 1931. Omar Mokhtar pun dipersilakan mengucapkan kata-katanya yang terakhir.


Ungkapan emas Omar Al-Mokhtar ketika berada di tali gantung:

"Kami tidak pernah menyerah. Kami akan menang ataupun mati. Dan ini bukan akhir, tapi kau akan harus memperjuangkan generasi penerus. Dan generasi setelahnya. Tapi aku... Aku akan hidup lebih lama (kehidupan abadi) dari tali gantung ini." 

Sejak dari itu, negara Libya meneruskan peperangan jihad sehingga merdeka secara menyeluruhnya. Tahun 2008, Perdana Menteri Itali Berlusconi dipaksa menyampaikan permohonan maaf secara rasmi terhadap bangsa Libya atas aksi peperangan dan kekejaman Itali terhadap bangsa Libya. Wallahua'lam. Sumber dari Ummah Online.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger