Searching...

Menyingkap Kemunafikan Hasan Nasrallah Dan Hizbussyaiton

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Rakyat Syria memilih hari Jumaat bersamaan 24 Mei 2013 dengan nama "Jumaat Dajjal Kebangkitan.. Al-Quds Bukan Berada di Homs".

Apakah maksud nama ini dipilih? Ia bersesuaian dengan situasi semasa yang menyaksikan tentera Hizbullah (kini dikenali dengan nama Hizbussyaiton) bertali arus memasuki wilayah Homs bagi melakukan serangan bersama askar rejim Assad dan tali barut mereka bagi menguasai semula beberapa kawasan yang selama ini berada dalam genggaman Tentera Kebebasan Syria (FSA) dan mujahidin. Lebih seminggu lalu mereka menggempur askar mujahidin. Dilaporkan juga lebih 30 kematian di pihak militian Hizbullah sejak seminggu lalu. Mayat mereka dihantar pulang ke Selatan Lubnan untuk disemadikan sebagai "wira". 

Dilaporkan hingga kini pasukan mujahidin dan FSA mampu bertahan walaupun berhadapan serangan sengit dan asakan daripada musuh. Berlegar dalam pemikiran mereka, jika mereka berundur maka dengan pasti apabila askar rejim Assad menguasai penempatan tersebut maka nyawa rakyat awam akan terancam. Mereka akan dibunuh beramai-ramai seperti nasib yang menimpa penduduk di Baniyas sebelum ini. 

Pemimpin Hizbullah, Hasan Nasrallah adalah "dajjal" zaman ini. Jika tanpa arahan daripadanya mustahil bala tentera Hizbullah akan dihantar ke Syria. Dia mengajar askarnya bahawa perang di Syria adalah "jihad mempertahankan tempat suci". Sesiapa yang terbunuh ganjarannya syurga kerana matinya adalah mati syahid. 

Rakyat Syria mengajar kembali Nasrallah dan tentera 'dajjal'nya, Hizbullah bahawa mereka mungkin 'tersilap' tempat suci kerana Homs bukan tempat terletaknya Masjid Al-Aqsa atau Al-Quds. Al-Quds terletak di Baitul Maqdis (Palestin). 

Jika benar mereka mahu membebaskannya dari tangan Yahudi kenapa tidak dihantar bala tentera mereka ke sana? Biar tentera mereka memerangi askar Yahudi durjana itu. Kenapa umat Islam Sunni Syria yang menjadi mangsa kebodohan politik sentimen jahat mereka? Adakah mereka takut kepada Yahudi? Atau mereka sebenarnya proksi Yahudi dan Amerika? 

Kini jelas siapa sebenarnya Hizbullah. Tidak salah jika kita doa laknat buat mereka. Henti namakan mereka sebagai Hizbullah. Panggillah mereka dengan "Hizbussyaiton". 

Wallahua'lam. Sumber dari, "Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria".

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger