Searching...

Nasihat Ini Membolehkan Potensi Diri Kita Membangun Ke Tahap Maksimum

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setiap manusia dicipta oleh Allah S.W.T untuk berjaya. Maha Suci Allah daripada sifat zalim dan sifat-sifat mustahil bagi Allah S.W.T yakni mencipta manusia untuk gagal. Untuk berjaya, setiap individu dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan bakat, kelebihan dan kecenderungan yang unik dan tersendiri. Justeru, ahli psikologi cenderung untuk mengatakan:

"Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Tuhan hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza."

Mari kita bersantai dengan satu cerita di bawah yang bertajuk, "Profesor dengan pendayung sampan"...


Anda pernah dengar cerita seorang profesor dengan pendayung sampan? Suatu hari, seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. Di tengah sungai, profesor bertanya kepada si pendayung sampan, "Kamu pandai membaca dan menulis tak?"

Jawab si pendayung sampan itu, "Tidak, saya buta huruf."

Berkata profesor pula, "Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

Sampan bergerak perlahan. Tak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan wang di bank?"

Jawab si pendayung sampan itu pula, "Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan."

Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampai hampir tenggelam. Kali ini si pendayung sampan itu pula bertanya kepada profesor, "Tuan, adakah tuan pandai berenang?"

"Eh... eh... saya tidak tahu berenang," jawab profesor dengan nada yang panik.

Berkata si pendayung dengan nada sinis, "Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

... cerita tamat.

Cerita tadi menggambarkan bahawa setiap orang mempunyai potensi diri masing-masing. Walaupun tak pandai membaca, tetapi pendayung sampan masih pandai berenang. Sebaliknya, profesor yang mampu menulis dan membaca, tetapi tidak pandai berenang. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, kenalah menghormati hak-hak orang lain.



Oleh itu, dengan potensi diri masing-masing manusia boleh mencapai kejayaannya. Malangnya, masih ramai yang belum mengetahui apakah [kelebihan atau keunikan diri masing-masing]. Atau ada pula yang tersalah kenal. Ramai yang ingin meniru cara orang lain bila mana mereka merasakan cara orang lain itu sangat menguntungkan. Mereka cuba menjadi klon kepada orang yang dipujanya itu. Mereka juga tidak cuba untuk menjadi diri mereka sendiri, sebaliknya mereka cuba untuk menjadi orang lain. Mereka tidak sedar  bahawa sebaik sahaja mereka cuba untuk menjadi klon orang lain, mereka telah menjadi orang no. 2, 3 atau 4, dan sudah tentu bukan lagi menjadi sang juara (no. 1). Sedangkan dengan menjadi diri sendiri, mereka berpeluang untuk menjadi juara! [Allah S.W.T sebaik-baik perancang. Insya-Allah, ada jalannya].

Orang yang cuba untuk menjadi klon orang lain, mereka tidak akan dapat mengatasi orang yang hendak diklonnya itu. Bahkan mereka gagal meniru bulat-bulat kerana mereka diciptakan bukan dengan "baju" itu. Ingat tak pepatah Melayu, "ukur baju di badan sendiri." Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

3 comments:

  1. Artikel baru aku - Siti Sarah & Shuib Sepah Terima Cahaya Mata Kedua

    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/05/siti-sarah-shuib-sepah-terima-cahaya.html

    ReplyDelete
  2. wow entry yang berkesan.. nice entry

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger