Searching...

Nilai Islam Dari Sudut Duniawi Atau Dari Sudut Acuannya?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Islam tidak seharusnya dipilih secara terpaksa. Pilihlah Islam atas dasar proaktif bukan reaktif. Sering kali apabila prestasi perniagaan merudum, Islam dijadikan tempat merintih dan mengadu. Apabila kakitangan bawahan memberontak, Islam dilihat sebagai faktor penjinak agar bawahan tidak memberontak. Jadi, Islam dijadikan dasar untuk mengejar duniawi semata-mata, tetapi bukan untuk memasukkan duniawi ke dalam acuan Islam.

"Apabila kedudukan kewangan goyah, zikir dilihat sebagai mantera atau jampi untuk menghilangkan kerunsingan dan pening kepala."

Akibat pandangan ini, program-program latihan yang bersifat Islamik selalunya dilihat sekadar nama sahaja. ia tidak dimartabatkan sebagai dasar untuk menjana kejayaan secara menyeluruh. Malah adakalanya Islam hanya dijadikan tajuk dan kepala bagi sesuatu program, tetapi isinya masih sarat dengan teori-teori pengurusan konvensional Barat. Islam juga sering dijadikan semacam komoditi perniagaan atau produk, bukan satu perjuangan yang tulus dan konsisten. Wallahua'lam. Bersambung ke tajuk seterusnya iaitu, [Hikmah Daripada Dunia Barat].

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger