Searching...

Pendedahan Rahsia Menggunakan Naluri yang Terdapat Pada Kelebihan Diri Masing-masing

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ







Gambar di atas ada kaitan dalam entri yang hendak dibincangkan di bawah

Setiap orang mempunyai kelebihan pada diri masing-masing. Mereka mempraktikkan kelebihan yang ada pada diri mereka dengan menggunakan naluri mereka dalam membuat keputusan. Ironinya, naluri mereka itu selalunya benar. Timbul persoalan, bagaimanakah naluri itu membantu dalam menentukan kelebihan yang terdapat pada diri masing-masing? Adakah manusia itu [berstatus luar biasa] kerana mempunyai naluri yang jarang mereka rasai mahupun sedari? Sekiranya ya, naluri bagaimanakah yang membuatkan manusia itu memiliki [status luar biasa]?

Apabila membuat keputusan, adakah kita sedar sesuatu punca yang memyebabkan kita membuat pilihan ataupun keputusan sedemikian? Adakah kita sebenarnya tidak tahu dan sekadar memilih secara rawak sahaja kerana perkara itulah yang terlintas pada waktu itu? Adakah ia memerlukan proses yang lain di mana kita sedar keputusan itu dibuat, tetapi kita cuma tidak tahu/pandai hendak menerangkannya. Pelbagai persoalan dan perkara dapat difikirkan apabila kita bercakap perihal cara kita membuat keputusan.

Satu contoh mudah yang boleh difikirkan, anda mahu membeli sepasang baju. baju warna apakah yang menjadi kegemaran anda? Adakah baju itu berwarna hijau ataupun merah? Sekiranya anda memilih berdasarkan corak, corak apakah yang menjadi kegemaran anda? Seterusnya, sekiranya anda memilih rekaan, adakah rekaan yang anda pilih itu berdasarkan rekaan terkini ataupun anda tidak sedar akan perihalnya?

Anda pasti mempunyai jawapan di atas. Anda sedar mengapa anda membeli baju itu. Anda memilih baju berwarna merah kerana anda lebih menyukainya daripada warna hijau. Anda memilih corak B kerana anda lebih menyukainya berbanding corak A. Persoalannya, mengapa anda menyukai warna merah berbanding warna hijau? Mengapa anda menyukai corak B berbanding corak A? Apa yang membuatkan anda secara tidak sedar memiliki kecenderungan ini?

Pelbagai kajian telah dijalankan berkenaan dengan perkara ini. Salah satunya adalah kajian yang menggunakan corak. Dalam satu eksperimen, para peserta dipamerkan dengan beberapa corak pada helaian kertas. Walau bagaimanapun, corak itu adalah corak yang tidak mempunyai sebarang maksud. Kemudian, mereka semua juga dipamerkan dengan senarai panjang corak. Antara senarai corak yang dipamerkan, terdapat corak yang sudah dipamerkan pada awal tadi. Mereka seterusnya diminta mengenal pasti corak yang telah dipamerkan sebentar tadi. Namun, mereka sukar mengenal pasti corak yang kelihatan sama telah dipamerkan pada helaian kertas tadi dengan yang terdapat dalam senarai panjang corak.

Setelah itu, eksperimen diteruskan dengan objektif yang lain. Kali ini, mereka diminta supaya memilih corak yang menjadi kegemaran ataupun yang menjadi kecenderungan mereka. Keputusan yang diperoleh memberi kejutan dalam eksperimen ini. Corak yang menjadi pilihan adalah merupakan corak yang sama dilihat pada helaian kertas dan senarai panjang corak.

Para peserta tidak sedar mereka memilih corak yang sudah dilihat dalam eksperimen terdahulu. Peserta mengatakan pemilihan itu adalah berdasarkan kecenderungan diri. Mereka merasakan corak pilihan mereka lebih menarik berbanding yang lain. Tiada langsung yang mengatakan pemilihan dibuat adalah disebabkan pernah dilihat sebelum ini.

Kajian ini tidak terhad kepada pemilihan corak. Ia sebenarnya memberi maksud yang besar dalam kehidupan kita. Cara kita memilih pasangan, cara kita membuat keputusan membeli rumah, cara kita memilih warna, semua ini dibuat tanpa kita sedari, tetapi ia mempunyai kaitan dengan perkara lepas. Apabila kita melalui proses kehidupan, kita menggunakanya. Sebagai contoh, dalam proses berkawan. Entah mengapa, kita berasa selesa dengan kawan yang kita rapat ini. Kita rasa kita dapat mempercayai apa yang dituturkan olehnya. Lalu, kita menaruh harapan 100% kepercayaan terhadapnya. Begitu akrab persahabatan ini.

Tetapi berbeza dengan kawan yang lain. Walaupun kita tahu beliau adalah seorang yang baik, tetapi kita merasakan perlunya berhati-hati apabila bersama dengannya. Terdapat perasaan negatif ataupun kurang selesa terhadapnya. Perkara yang dituturkan perlu difikir terlebih dahulu sebelum dipercayai. Kita mungkin sedar, kita memilih kerana sesuatu faktor, tetapi sebenarnya kita tidak tahu faktor apakah yang mendorong kepada perkara itu kerana ia berkaitan dengan faktor minda separa sedar. Wallahua'lam.   

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger