Searching...

Pendedahan Rahsia Untuk Tidak Menjadi "Forever Alone"

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saya ada terbaca buku mengenai kisah seorang pengarang yang pernah menonton sebuah filem mengenai seorang nenek yang telah ditempatkan di rumah orang-orang tua. Nenek itu ditinggalkan di situ oleh semua anak dan cucunya. Suami kepada nenek itu juga telah lama meninggalkannya. Nenek yang bersedih itu pun mengeluh, "Malangnya hidup aku ini, bila dah berusia seperti aku ini sudah tidak lagi disayangi." - "Forever Alone." Kawan rapat kepada nenek itu telah mendengar keluhan yang diluahkan oleh nenek itu, lantas ia berbisik ke telinga nenek itu, "Yang paling malang dalam hidup, bukan kita tidak disayangi tetapi apabila kita tidak menyayangi seseorang itu."



Punca kita tidak disayangi ialah apabila kita terlebih dahulu tidak menyayangi. Hanya apabila kita menyayangi barulah kita disayangi. Dan untuk menyayangi seseorang, kita perlu terlebih dahulu menyayangi diri kita sendiri. Itulah pentingnya harga diri. Nak tahu dengan lebih lanjut pasal pentingnya harga diri, bolehlah klik pada pautan entri yang bertajuk, [Kita Kena Lawan Diri Kita Sendiri].

"Jangan risau jika kita tidak dihargai orang, tetapi risaulah jika kita benar-benar tidak berharga."

Apabila kita mempunyai harga diri yang tinggi, barulah kita boleh menghargai dan menyayangi diri kita sendiri. Selepas itu, barulah kita boleh menyayangi dan menghargai orang lain. Dan hanya selepas itu pula, barulah orang lain akan mula menyayangi dan menghargai diri kita ini! Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger