Searching...

Peringatan Daripada Rakyat Syria Kepada Umat Islam Seluruh Dunia!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

"Ya Allah Ma lana Ghairuka Ya ALLAH..."
"Ya Allah, Kami Tidak Memiliki Sesiapapun Lagi Selain Engkau Ya Allah..."

Setiap selesai solat Jumaat, seluruh muslim dari pelbagai kawasan dan wilayah di Syria bergerak turun ke atas jalan. Meskipun terancam dengan serangan bom, roket dan peluru sniper, namun mereka tetap berkumpul untuk diperlihatkan kepada dunia bahawa muslim Syria tidak akan pernah takut walhal dunia membisu seribu bahasa terhadap pembunuhan-pembunuhan ke atas ratusan saudara mereka. 

Berkata mereka semua pada hari Jumaat, 3 Mei 2013:
  • Kami di sini dizalimi dan dibunuh! 
  • Adakah saudara-saudara muslim yang seIslam dengan kami di seluruh pelosok dunia ingin membantu? 
  • Bukankah kami dan kamu semua adalah batang tubuh yang satu, yang turut merasakan sakit dan tidak akan tinggal berdiam apabila melihat bahagian tubuh yang lain terluka? (Ibarat cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit).
  • Mengapa kamu semua hanya berdiam diri dan melihat kami dari jauh, bahkan membiarkan orang-orang dari pemerintahan rejim Assad tetap berada di kedutaan-kedutaan besar Syria di negara kamu semua?
  • Hasbunallahu wa ni'mal wakil... Insya-Allah dari sini, Syria, kami akan bergerak menuju ke tanah Palestin untuk memerdekakan saudara-saudara kami di Palestin dari tangan zionis Israel dan musuh-musuh Islam. Adakah kamu semua akan ikut berjuang bersama kami?

Video-video saat muslim Syria turun ke atas jalan:

1. Di Aleppo:



2. Di Suqba:



3. Di Deir Zour:


dan



4. Di Duma:



5. Di Kafar Zita:



Ingatlah Saudaraku, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI". Dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger