Searching...

Rahsia Petua Tindakan Kita Bagi Mengukuhkan Keputusan Naluri

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Orang yang berstatus [luar biasa] bukan sekadar menggunakan [naluri] yang betul, tetapi mereka mengambil tindakan dalam membantu menjadikan keputusan naluri itu betul. Perkara yang anda impikan, ataupun perkara yang anda cita-citakan tidak akan menjadi kenyataan sekiranya anda belum bermula (belum melakukan apa-apa tindakan). Status [luar biasa] anda akan terjadi apabila anda memulakan perkara itu. Perkara yang anda nampak mudah tidak akan memberikan hasilnya sekiranya anda belum lagi memulakan langkah ke arahnya. Sebelum itu anda perlu jenguk dahulu entri yang lepas bertajuk, [Pendedahan Rahsia Menggunakan Naluri yang Terdapat Pada Kelebihan Diri Masing-masing] sebelum anda melangkah ke entri ini dengan lebih lanjut.


Sekiranya anda belum bermula, maka cita-cita anda umpama satu perjalanan infiniti. Ia adalah kawasan yang tidak dapat anda jangkau di mana tempatnya kerana terletak di suatu tempat yang jauh. Pernah tak anda alami? Jika anda pernah alami adakah anda berani untuk memulakan langkah anda? Tentulah tidak. Ibarat pepatah melayu, "berani kerana benar, takut kerana salah". Pertama sekali sebelum hendak memulakan langkah, anda perlu cuba buat lakaran minda (mind map), bukan apa takut ter-salah jalan. Sebaik sahaja anda memulakah langkah, maka tiada lagi perjalanan infiniti itu. Tiada lagi jalan yang anda rasa agak mustahil itu. Perkara yang ada adalah jalan yang terang iaitu jalan yang lurus lagi bercahaya. Jalan yang anda yakin dapat menempuhinya. Tiada lagi kegelapan dan anda mampu melaluinya.


Ambil langkah kedua pula. Langkah kedua adalah bahagian yang penting dalam sesuatu proses. Ambil dengan secepat mungkin kerana masa tidak akan menunggu kita. Masa akan tetap berjalan. Anda perlu mula melakukannya walaupun anda mungkin akan menempuhi pelbagai halangan sewaktu melaluinya. Namun, hasilnya akan anda temui pada akhirnya. Halangannya juga tidak seberat seperti sebelum anda membuat langkah pertama.

Tindakan adalah penting bagi mencapai status [luar biasa]. Semakin cepat anda memulakannya, semakin cepat anda mencapai status [luar biasa] anda. Mulakan, walaupun hanya dengan langkah yang kecil kerana dengan langkah kecil itu, ia menempatkan anda dalam keadaan momentum. Perkara ini membantu dalam memberikan daya supaya anda maju ke hadapan. Bertindak dengan cepat dan teruskan langkah anda itu. Sebaik sahaja anda bermula, anda bukan sahaja mengetahui bahawa anda dapat melakukannya, tetapi penghantaran isyarat kepada minda itu sudah menjadi milik anda. Amalkan prinsip slogan barangan berjenama Nike, "Just Do it!" Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger