Searching...

Saintis Berfahaman Atheis - Di Manakah Kesilapan dan Kekurangannya?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Stephen Hawking, saintis Inggeris baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan satu dunia. Ia mengatakan bahawa penciptaan alam semesta yang dimulai dengan terjadinya peristiwa [Big Bang] atau letupan yang dahsyat merupakan kejadian yang terjadi itu atas kehendak alam, bukan kehendak Tuhan. Teorinya (asal usul kejadian alam) yang terkenal itu atas kenyataannya berbaur kontroversi telah dibentangkan dalam sebuah acara di California Institute of Technology.

Nbc news telah melaporkan pada hari Khamis (18/4/2013), ramai orang telah menunggu tawaran tiket percuma untuk mendengar kuliah Hawking yang bertajuk, "The Origin of the Universe" atau Asal-Usul Alam Semesta. Dalam pembentangannya, pada mulanya Hawking bercerita tentang penciptaan dari mitos asal Afrika dan berpindah ke satu pertanyaan besar iaitu, "mengapa kita berada di sini?".

Dia telah merekodkan bahawa ramai orang masih mencari jawapan yang berkaitan dengan sesuatu yang berhubungan dengan Tuhan untuk melawan teori para ahli fizik yang memiliki rasa ingin tahu secara menebal. Berkata Hawking, "Apa yang Tuhan telah lakukan sebelum penciptaan alam semesta? Apakah Dia menyediakan Neraka untuk orang-orang yang bertanyakan pertanyaan seperti itu?"

Setelah menjelaskan sejarah perdebatan teologi (ilmu ketuhanan) tentang bagaimana alam semesta diciptakan, Hawking memaparkan kajian singkat dengan penjelasan kosmologi (teori asal usul kejadian alam) secara ilmiah. Penjelasan ilmiah ini menerangkan bahawa tidak ada awal dan tidak ada akhir pada kehidupan alam semesta. - [Itu sifat Allah, "Tiada awal dan tiada akhir".]

Selain itu, Hawking tidak segan-segan mengatakan bahawa galaksi terus terbentuk dari bahan (material) secara spontan. Ia meneruskan dengan penjelasan daripada pemerhatiannya terbaru melalui teleskop luar angkasa dan alatan (instrument) lainnya. Hawking juga mengatakan bahawa kini usia alam semesta sekitar 13.8 juta tahun.

Hawking seperti yang diberitakan, telah menerangkan bahawa manusia perlu beranjak atau lari meninggalkan bumi (pergi ke planet lain) bila tidak mahu menjadi spesies yang pupus suatu masa nanti. Hawking mengatakan, "Bila manusia tidak menemukan sebuah tempat di luar Bumi untuk dijadikan tempat tinggal pada masa akan datang, maka seluruh spesies manusia akan pupus." - [Kiamat laa. Huhu.]

Beginilah pemikiran manusia yang bergelar saintis yang tidak mempercayai adanya Tuhan yang mentadbir sekalian alam ini. Di manakah kesilapan dan kekurangannya? Mungkin disebabkan jiwanya yang kosong dengan tidak mempercayai bahawa adanya Tuhan yang mentadbir sekalian alam ini. Renung-renungkanlah, tiada Tuhan maka tiadalah alam ini. Buktinya mudah cuma rujuk pada ayat awal surah Al-Fatihah seperti di bawah, Firman Allah S.W.T:

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Surah Al-Fatihah Ayat 1).

Wallahua'lam. Sumber dari Global Muslim.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger