Searching...

Surat Khabar "The Times": Zionis Berkata, Assad mesti Bertahan!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Benjamin Netanyahu mengungkap pakatan dengan Basyar Assad. Bahkan PM Zionis ini tidak segan-segan akan melakukan campur tangan ketenteraan di Syria untuk membantu Assad (termasuk serangan Damaskus pada tempoh hari) rujuk entri bertajuk, [Israel Serang Sekutu Assad, Tetapi Rejim Assad Tetap Menyerang Penduduk Syria].

Netanyahu menekankan lagi, "Kami akan menghalang daripada jatuhnya senjata yang berkualiti (senjata kimia) itu ke tangan terrorist (pengganas)." Soal Amerika pula, Zionis dijamin akan membela Assad. Menurut PM Rusia Dmitry Medvedev, Rusia bukan satu-satunya sekutu Syria atau Basyar Assad, kerana di negara-negara Eropah turut mempunyai sekutu Syria yang mungkin lebih banyak lagi.

Lemahnya kemenangan revolusi Syria disebabkan oleh campur tangan Zionis, Iran, Irak Maliki, Russia, Cina dan Hizbullah secara terang memerangi rakyat Syria baik dari segi politik mahupun dari segi ketenteraan. Barat juga sengaja membiarkan situasi Syria berterusan dalam konflik agar Syria yang bakal jatuh ke tangan kaum Mujahidin itu hancur, sehingga pendudukan Zionis di Palestin tetap aman. Boleh jenguk kembali entri lepas yang bertajuk, [Peringatan Daripada Rakyat Syria Kepada Umat Islam Seluruh Dunia].

Lengkap sudah musuh Mujahidin. Para kuffar di seluruh Dunia bersatu melawan kaum muslimin dan para pejuang Tauhid! Tidak lama lagi sejarah Shalahuddin Al-Ayyubi akan berulang. Insya Allah... [Allah adalah sebaik-baik perancang. Insya Allah ada jalannya]. Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger