Searching...

Tanda-tanda Seseorang Itu Bersikap Positif

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sikap positif pada setiap orang begitu sukar hendak dipertonjolkan dalam kes-kes masalah yang dihadapi seseorang itu. Namun begitu, tidak bermakna seseorang itu tidak boleh menunjukkan tanda-tandanya yang positif. Justeru, sering kita dengar bahawa orang yang bersikap positif, dapat melihat gelas yang separuh penuh manakala orang yang bersikap negatif pula, dapat melihat gelas yang separuh kosong sepertimana gambar di bawah:



Sayangnya, kita kurang mendapat penjelasan apakah tanda-tanda orang yang bersikap positif. Oleh itu, saya mahu kongsikan kepada anda semua berkenaan dengan tanda-tanda orang yang mempunyai sikap positif:
  • Yakin terhadap dirinya.
  • Mampu melihat positif terhadap orang lain.
  • Dapat melihat peluang dalam setiap keadaan.
  • Fokus pada penyelesaian bukan pada permasalahan.
  • Dorongan yang tinggi untuk memberi.
  • 100% memikul tanggungjawabnya.
Cuba periksa diri anda masing-masing, adakah anda tergolong dalam senarai tanda-tanda di atas? Tanya diri anda terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan diri anda sendiri. Ini berkaitan dengan hal peribadi anda! Jangan anda ada sikap mahu bertanya atau ambil tahu tentang hal-hal peribadi orang lain dengan erti kata lain, "suka bergossip". Bak kata peribahasa, jangan jaga tepi kain orang lain. Bak kata pepatah pula, ukur baju di badan sendiri. Sekadar renungan. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger