Searching...

Teladanilah Sifat Allah S.W.T Yakni Al-Wahhab

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kita digalakkan agar berusaha untuk bersifat dengan sifat pemurah yang tersirat pada sifat dan nama Allah ini, iaitu Al-Wahhab. Walaupun mustahil kita mampu menyamai-Nya - rujuk entri, [Tuhan Memberi Tanpa Dibalas, Tanpa Diminta dan Secara Berterusan]. Sifat memberi adalah sifat yang terpuji. Abdullah Bin Umar berkata, bahawa Rasulullah S.A.W dalam satu khutbahnya bersabda yang bermaksud:

"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, tangan di atas itu pemberi dan tangan yang di bawah itu peminta." (Riwayat al-Bukhari, al-Jami' al-Sahih, Maktabah Salafiah, 1400H, no. 1429).

"Maksudnya, orang yang memberi itu lebih baik daripada orang yang menerima. Oleh sebab itulah, ramai ulama' berpandangan bahawa menjadi orang kaya yang bersyukur adalah lebih utama berbanding orang miskin yang sabar."

Mengapa? Selain daripada kesukaran mengawal hati agar tidak lalai ketika memiliki kekayaan berbanding mengawal hati agar tidak resah ketika ditimpa kemiskinan, orang kaya yang bersyukur adalah lebih baik daripada orang miskin yang sabar kerana orang kaya yang bersyukur lebih berkemampuan untuk memberi.

Jika kesabaran si miskin hanya boleh memberi manfaat buat dirinya, sebaliknya sifat dermawan si kaya boleh memberi manfaat kepada orang lain. Pemberian zakat, sedekah dan hadiah daripada orang kaya, maka melimpah-ruah manfaatnya kepada masyarakat.

Daripada Jabir Bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain." (Riwayat al-Baihaqi, Sahih al-Jami' al-Shaghir wa Ziyadatihi, al-Maktab al-Islami, cetakan ketiga, Beirut, 1408H, no: 3289).

Itulah gambaran sikap orang yang cemerlang. Ingat, orang yang cemerlang ialah orang yang banyak memberi. Sekarang mari kita renung sejenak, apakah makna sebenar kecemerlangan dalam skop yang lebih luas dan mendalam. Apakah makna kecemerlangan dalam hidup? Jawapannya ada dalam entri yang akan datang. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger