Searching...

[TERPERINCI] Israel Serang Sekutu Assad, Tetapi Rejim Assad Tetap Menyerang Penduduk Syria

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Siri letupan besar yang diikuti dengan kebakaran yang dahsyat dan menggegarkan sebuah kawasan di Damaskus (Damsyik) pada dinihari Ahad 5 Mei 2013. Berbagai-bagai pihak media telah melaporkan bahawa terjadinya serangan udara Israel terhadap beberapa gudang senjata milik tentera Syria di bawah naungan Rejim Assad yang berpusat di Gunung Qasiyun di luar Damaskus. Kawasan simpanan senjata dipercayai himpunan senjata kimia. 

Sejumlah saksi ada melihat dan mengatakan bahawa terjadi puluhan kali ledakan besar yang diikuti dengan gegaran seperti gempa bumi yang menyebabkan pintu dan tingkap rumah di Damaskus ikut bergegar dengan begitu kuat.

Rejim Assad menyatakan bahawa yang disasarkan adalah pusat kemudahan penyelidikan ketenteraan (Military Research Facilities) yang terletak dilokasi sedikit di luar Damaskus. Beberapa video yang dimuat naik ke YouTube menunjukkan rakaman ledakan-ledakan itu, tetapi video tersebut begitu cepat telah dibuang dari YouTube.

Pejabat berita rasmi Syria (SANA) ada menyatakan, ledakan terjadi di pusat kemudahan penyelidikan ketenteraan Jamrayah, namun sejumlah media Barat termasuk Reuters dan NBC mengutip sumber perisikan Amerika Syarikat yang tidak disebutkan namanya dengan mengatakan bahawa "serangan Israel" itu adalah bertujuan melumpuhkan penghantaran barang yang diyakini Israel untuk dibekalkan kepada kumpulan Hizbullah (sekutu Assad) di Lebanon.

Seorang jurucakap Israel di Washington mengatakan, pihaknya tidak akan memberi apa-apa komen mengenai laporan serangan itu tapi beliau ada menegaskan bahawa, "Israel bertekad mahu mencegah pengiriman senjata-senjata kimia atau persenjataan yang bersifat 'game-changing' dari rejim Syria kepada sekumpulan pengganas, terutama Hizbullah di Lebanon."


Serangan yang kedua

Serangan ini adalah yang kedua dalam waktu beberapa bulan saja. Pada bulan Januari, Damaskus membuat tuntutan bahawa Israel menyerang pusat kemudahan penyelidikan ketenteraan (Military Research Facilities) Syria yang sama sampai dua orang terkorban dan lima orang lainnya mengalami cedera parah. Pihak Tel Aviv tidak membantah, namun baru mengaku bahawa pada 22 April lalu memang benar Israel ada melancarkan serangan tapi bukan ke Jamrayah sebaliknya ke arah konvoi kendaraan yang membawa persenjataan dari Syria ke Lebanon.

Pada Januari lalu, rejim Assad bersama-sama pemerintahan Iran hanya mengatakan akan "membalas" serangan pada ketika itu, tapi sampai sekarang tidak diketahui bilakah mereka akan membuat serangan balas ke atas pencerobohan Israel terhadap rejim Syria yang sudah lebih dari 2 tahun pencerobohan terhadap rakyatnya sendiri sehingga mengorbankan sekitar 100 ribu orang selama ini.

Kini, rejim Syria hanya mengatakan akan "membalas" tanpa penjelasan yang lebih terperinci tentang bagaimana dan bila mereka akan membalas. Alih-alih dari mengerahkan kekuatan untuk melawan Zionis, pasukan rejim Basyar al-Assad menghabiskan masanya seharian pada waktu kelmarinnya untuk meneruskan pengeboman dan pembunuhan terhadap rakyat Syria itu sendiri, termasuk di kawasan Baniyas, Tartous, pada hari Khamis dan Jumaat (2 dan 3 Mei) lalu dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat pembunuhan beramai-ramai.

Sesudah membunuh ratusan penduduk Muslim Syria di Baniyas minggu lalu itu, pesawat-pesawat tempur milik rejim Assad dikerah untuk menjatuhkan bom ke atas Baniyas. 

Masih ada perbezaan penilaian tentang modus operandi disebalik penyerangan itu. Ada sumber yang mengatakan bahawa pesawat-pesawat tempur milik Israel menyerbu masuk ke ruang udara Syria untuk melakukan serangan itu, manakala ada juga yang mengatakan bahawa yang terjadi adalah serangan dengan peluru berpandu. Selain itu, media-media Lebanon melaporkan bahawa jet-jet Israel terbang di atas kawasan negeri itu dengan sedikit sebanyak tiga kali iaitu pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu (2 hingga 4 Mei 2013).


'Pengisytiharan perang'

Sementara itu, salah seorang jurucakap mujahidin pembebasan Syria (Free Syrian Army, FSA), ada menyatakan kepada NBC bahawa ledakan-ledakan besar terjadi sekitar pukul 2 pagi di kawasan pergunungan Qasiyun, di pinggir Damaskus.

"Ada 10 kawasan yang diserang. Sukar memastikan mana yang kena dan mana yang meletup setelahnya. Beberapa yang disasarkan adalah kawasan persenjataan dan gudang senjata," demikian jurucakap yang tidak disebutkan namanya itu. "Ledakan-ledakan susulan terjadi secara terus menerus selama sekitar empat jam. Damaskus bergegar. Bahkan setelah Subuh pun udara Damaskus masih lagi dipenuhi asap."

Pusat media para mujahidin FSA (Free Syrian Army atau Jaysul Hurr) ada menyebutkan 9 sasaran bagi serangan udara itu, termasuk markas pasukan elit Pengawal Revolusi Syria, markas brigade 104, gudang persenjataan di Qasiyun dan pusat penyelidikan ketenteraan di Jamrayah. Bekalan elektrik terputus akibat kebakaran yang disebabkan serangan udara itu menerangi langit Damaskus seperti kelihatan hari sudah siang.

Wakil Setiausaha Negara Syria, Faisal Mekdad menyatakan kepada CNN bahawa serangan Israel itu merupakan "pengisytiharan perang." "Israel akan merasakan akibatnya. Serangan udara ini merupakan sokongan nyata Israel terhadap Al-Qaeda dan Wahhabisme di Syria," demikian pernyataan Mekdad.

"Kami pernah menghadapi hal yang sama dengan ini, pada beberapa peristiwa dan kami membalas dengan cara yang kami inginkan," kata Mekdad lagi.


Assad bukannya membalas, malah memerangi rakyatnya.

Sampai tengah malam sebelum 5 Mei di waktu Damaskus, belum ada khabar mengenai serangan balas Syria terhadap Israel. Beberapa pihak pembangkang dengan sinis mengkritik, "Pasukan Assad tidak membalas serangan Israel kerana sedang sibuk membunuh wanita, kanak-kanak dan penduduk Syria," demikian yang telah dinyatakan oleh Revolusi Syria.

Sementara itu, para sukarelawan Local Coordination Commitees in Syria (LCCSy) melaporkan sebelum 5 Mei bahawa serangan pasukan rejim Assad terhadap rakyatnya sendiri terus menerus menjadi, sehingga mengorbankan sejumlah kecil dalam 110 orang, termasuk 16 wanita dan 21 kanak-kanak. Termasuk yang diserangnya adalah di kawasan Baniyas, tempat pembunuhan beramai-ramai secara berkelompok oleh rejim Assad selama dua hari berturut-turut. Beberapa gambar dan video  bagi peristiwa tersebut baru muncul kelmarin, termasuk video dibawah ini, namun perlu diingatkan bahawa video ini sangat mengerikan (18SG):


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger