Searching...

Tidak Ada Keadilan yang Mutlak Di Dunia Ini.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Berdasarkan beberapa insiden atau peristiwa yang telah berlaku, jelas menunjukkan seolah-olah tidak ada keadilan yang mutlak dan muktamad yakni adil sebenar-benarnya di dunia ini.

Bayangkan...
  • Adilkah apabila seorang pemuda bernama Rosli (peristiwa yang terjadi pada suatu ketika dulu) ingin membantu mangsa ragut tetapi sebaliknya dia mati dibunuh oleh si peragut?
  • Adilkah seorang bayi yang masih dalam kandungan ibu sudah dijangkiti HIV positif?
  • Seseorang merogol anak dara sunti hanya dipenjarakan 20 tahun dengan 10 sebatan, sedangkan mangsanya menderita malu disebabkan trauma atau fobia seumur hidup dan susah hendak mendapatkan jodoh pada masa akan datang?
  • Adilkah ketika si pembunuh adik Nurin Jazlin Jazimin dan penculik adik Sharlene terus bebas sedangkan keluarga bagi kedua-dua mangsa tersebut menderita dan menangisi pemergian anak mereka?
  • [TERBARU] Adilkah sistem demokrasi pilihan raya Malaysia sekarang ini selepas mengetahui keputusan PRU-13?
  

Benar, tidak ada keadilan yang mutlak di atas muka bumi ini. Inilah yang menimbulkan rintihan dan keinginan dalam diri manusia betapa pentingnya dan perlunya ada kehidupan selepas mati yakni kehidupan di akhirat agar keadilan yang mutlak dan muktamad yang mana tidak dapat ditegakkan di dunia ini, maka akan dapat ditegakkan di akhirat kelak. Wallahua'lam.  

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger