Searching...

Tips Menjadi Pelajar yang Luar Biasa Cemerlangnya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pelajar yang luar biasa cemerlangnya tidak dinilai dari segi prestasi akademiknya sahaja, bahkan dinilai dari tiga faktor mustahak iaitu sikap (attitude), kemahiran (skill) dan ilmu (knowledge) perlu dicapai secara bersepadu. Pelajar yang luar biasa cemerlangnya tidak seharusnya dirujuk pada pencapaian straight 'A' dalam peperiksaannya, tetapi hendaklah dirujuk dari segi sikap dan akhlak pelajar itu lebih utama dan wajib dijadikan ukuran.

"Sayangnya, sistem pendidikan masa kini hanya berfokus kepada pelajaran sahaja, dan bukan ditujukan oleh pelajar terhadap kemampuannya memberikan satu tanda aras kepada pencapaian akhlak dan sikap."


Bagaimana akhlak pelajar terhadap ibu bapa, guru, sahabat dan masyarakatnya? Bagaimana pula dengan kemahiran berkomunikasi? Apa gunanya jika pandai dalam pelajaran tetapi kekok dalam pergaulan dengan masyarakat. Atau lebih buruk lagi jika mereka mempunyai perwatakan sensitif, pemarah, kedekut, pentingkan diri sendiri, suka pengaruhi orang lain dalam persahabatan dan seumpamanya. Mereka mendapat straight 'A', tetapi tidak ada seorang kawan rapat pun di sekolah. Anda mahu jadi kera sumbang? Kawan rapatlah yang sentiasa bersama anda dalam situasi susah dan senang.

Selain itu, tanpa kemahiran interpersonal (kemahiran antara perseorangan) dan sikap yang betul, kejayaan dalam bidang pelajaran tidak akan bermakna. Kejayaan dalam bidang pelajaran tidak akan menjamin kejayaan dalam kehidupan kita. Ramai orang yang tinggi pencapaian akademiknya, tetapi gagal dalam kehidupan berkeluarga, terlibat dalam jenayah, penuh kekecewaan, hadapi tekanan jiwa, rasuah dan lain-lain gejala negatif.

P/S: Bagi pelajar yang selemah-lemahnya dalam pelajaran, jangan risau kerana anda masih lagi mempunyai harapan untuk meningkatkan diri anda sendiri menjadi lebih baik kerana anda masih belum jatuh lagi. Anda sekarang berada pada tahap yang paling rendah. Jadi, anda sudah tidak boleh jatuh lagi dari tahap yang paling rendah seumpama itu. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger