Searching...

Apa Sudah Terjadi Dengan Stesen Televisyen Malaysia? Kena Godam?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa sudah terjadi? Adakah negara Malaysia masih lagi menyokong kerajaan Syria di bawah pimpinan Basyar Assad? Mengapa pihak media di Malaysia masih memanggil Mujahidin Syria sebagai pemberontak? 

Seperti yang telah saya perkatakan dalam entri sebelumnya yang bertajuk, [Jangan Terpedaya Dengan Propaganda Musuh Islam yang Menguasai Media Di Al Qusayr], stesen televisyen milik Malaysia ada menyiarkan berita mengenai kekalahan Mujahidin Syria dan menganggap mereka (puak mujahidin) sebagai pemberontak negara sendiri! Tak mungkin! Mujahidin Syria hanya berjuang untuk Islam dan untuk melindungi rakyat awam. Untuk melindungi insan yang mereka cintai, dan untuk mempertahankan tanah air mereka.

Jika ada perampas atau perompak menyerang dan datang ke rumah kita (Malaysia) dan suami kita melawan perompak untuk melindungi isteri dan anak-anaknya, adakah mereka yang mempertahankan hak mereka layak dilabel sebagai pemberontak?


RTM di godam

Justeru, dua laman rasmi stesen televisyen Malaysia, Radio Television Malaysia (RTM) yakni RTM 1 dan RTM 2 telah digodam oleh penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Hamba Allah sepertimana dalam gambar di atas.

Di dalam defacement (istilah bagi hasil kerja menggodam laman sesawang) tersebut difahamkan penggodam mengecam tindakan RTM1 dan RTM 2 yang menggelarkan Pejuang Rakyat Syria (FSA) sebagai pemberontak. Berikut, saya lampirkan screenshot laman rasmi TV1 dan TV2 yang telah digodam di bawah:




















Dan berikutnya pula adalah tulisan penggodam dalam screenshot di atas, saya perjelaskan tulisannya di bawah:

DEFACE BY HAMBA ALLAH
ADAKAH ANDA TAHU BAHAWA BASHIR-AL ASSAD ADALAH SYIAH YANG MEMBENCI KAUM MUSLIM DI SYRIA ?
DAN MUJAHIDDIN DI SANA MATI MATIAN DI SANA UNTUK MEMPERTAHAN KAN ISLAM,DAN KALIAN PANGGIL MEREKA PEMBERONTAK ?!
BANGKIT , BANGKIT ! , BANGKIT !!!!!! 

Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care dan Giler hackers.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger