Searching...

Celik Mata Hati - Antara Tahu Dan Sedar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Untuk berubah sikap dengan kerelaan dan berkekalan, ia mestilah dibuat dengan penuh kesedaran. Apakah kesedaran itu? Celik mata hati... Jika dikatakan seseorang itu telah sedar, maka apakah yang telah berlaku terhadap individu berkenaan? Ada yang beranggapan, sedar dan tahu itu adalah perkara sama. Maksudnya, apabila kita telah tahu akan sesuatu perkara, maka secara automatik kita telah sedar tentangnya. Anggapan ini kurang tepat. Ini adalah kerana perbezaan antara sedar dan tahu amat besar sekali. Berikut adalah kata-kata Sayidina Ali r.a:


"Manusia yang hidup kebanyakannya tidur (leka), apabila mati baru mereka terjaga (tersedar)."

Contohnya, kita semua tahu bahawa api itu berbahaya, tetapi sering kali kita tidak sedar (lalai/leka) bahawa api itu berbahaya. Sebab itu kebakaran sering terjadi dan masyarakat perlu diperingatkan selalu agar sentiasa berwaspada dengan bahaya api. Itulah bezanya antara tahu dan sedar tentang bahaya api.

Jika bahaya api di dunia itu pun masih ramai yang tidak menyedari akan bahayanya, maka apatah lagi api neraka. Justeru, Allah S.W.T mengingatkan kita banyak kali menerusi firman-Nya tentang bahayanya api neraka. Kerana apa? Ya, kerana ramai yang tahu bahayanya api neraka itu tetapi sedikit sahaja yang sedar akan bahayanya itu. Mari kita refresh/reset minda kita sebentar, dengan cuba bayangkan secara bersantai bahawa kita sedang berada dalam gambar di bawah.



Apa macam? Dah sedar? Alhamdulillah. Kalau begitu, kita sambung balik yang tadi. Begitu juga, ramai yang tahu bahawa kita adalah hamba Allah S.W.T, tetapi berapa ramai yang sedar akan perihal kehambaan dirinya kepada Allah S.W.T? Ramai manusia hanya tahu tetapi tidak sedar bahawa dirinya adalah hamba Allah S.W.T. Akibatnya, ramai yang berlagak seolah-olah dirinya seperti tuan malah tuhan dalam kehidupan sehariannya (Na'uzubillah). Sikap angkuh, tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba Allah S.W.T, sebaliknya menjadi darah daging dalam diri manusia. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger