Searching...

Fahaman Nusairiah (النصيرية) yang Dianuti oleh Pemerintah Syria - Salah Satu Gerakan Kebatinan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salah satu daripada ideologi sesat yang dicipta untuk memesongkan ajaran Islam yang tulen. Pengasas ideologi tersebut ialah Muhammad bin Nusair al-Basri al-Namiri. [Sumber rujuk no. 1 di nota kaki]. Basyar Assad, yakni pemerintah Syria tidak terkecuali daripada terlibat dalam gerakan kebatinan ini. Basyar Assad juga merupakan salah seorang yang menganut fahaman Nusairiah (النصيرية). Boleh rujuk entri lepas yang bertajuk, [Pendedahan Mengenai Akidah Pemerintah Syria].

Selepas kematian Hassan al-Askari, Muhammad bin Nusair ada menyatakan bahawa Hassan al-Askari ada menyembunyikan seorang anaknya (Muhammad al-Mahdi) di dalam sebuah bilik bawah tanah. 

Tujuannya adalah untuk mendapatkan nama dengan mengutip zakat daripada orang ramai sebagai pengeluaran zakat untuk disalurkan kepada anak Hassan yang tersembunyi itu. 

Dia menggunakan hujjah البابية dengan menggelarkan dirinya sebagai "pintu" atau sebagai orang tengah untuk menyampaikan sesuatu pemberitaan dan menyampaikan sesuatu hajat yang diinginkan oleh masyarakat. Kerana hasratnya ingin menjadi penguasa dengan menggunakan Imam yang Ghaib tersebut, dia akhirnya menggelarkan dirinya sebagai Tuhan.

Kelompok ini juga dinamakan dengan Namiriah, Alawiyun, Hattabun dan lain-lain. Tersebarnya Nusairiah hari ini disekitar pinggir Syria, kepulauan kecil, Lubnan, Iraq dan lain-lain.

Imam ibn Kathir pernah menyatakan bahawa kelompok Nusairiah ini menganggap Saidina Ali r.a sebagai Tuhan. Mereka juga mengkafirkan umat Islam keseluruhannya. Mereka telah meruntuhkan masjid-masjid lalu ditukar dan dibina kilang-kilang dan kedai penjualan arak. [Sumber rujuk no. 2 di nota kaki].


Antara aqidah mereka adalah [sumber rujuk no. 3 di nota kaki]:

1. Menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan kerana Allah telah hulul (menjelma masuk) ke dalam jasad Saidina Ali, bahkan mereka juga beranggapan bahawa Ali sudah wujud sebelum bumi dan langit belum dicipta lagi.


2. Mereka berpegang dengan konsep ketuhanan Trinity (3 dalam 1) sebagaimana yang dianuti oleh puak-puak Kristian. Kristian beranggapan adanya Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Ruhul Quds (Jibril). 

Bagi Nusairiah, mereka beranggapan bahawa adanya tiga gabungan daripada المعنى (Saidina Ali) sebagai Yang Paling Agung dan Berkuasa, الإسم  (Rasulullah S.A.W) sebagai hijab Nurani dan الباب (Salman al-Farisi) sebagai wasilah untuk menyampaikan kepada hijab Nurani.


3. Menganggap bahawa imam Hassan al-Askari sebagai Nabi yang diutuskan Tuhan. Bahkan mengetahui akan setiap perkara-perkara yang ghaib dan terzahir mukjizat disisinya. [Sumber rujuk no. 4 di nota kaki]. 

Begitulah juga yang berlaku kepada Syeikh-syeikh mereka yang Tuhan hanya khususkan kepada mereka dengan mengetahui setiap maksud batin (tersirat) daripada al-Quran dan Hadith.

Mereka tidak mengguna-pakai ayat al-Qur'an secara zahir dan mengubah makna tersebut kepada makna yang tidak layak untuk ditakwilkan.


4. Berpegang dengan konsep Karma sebagaiman agama Buddha yang akan ada perpindahan roh serta pembalasan amalan di muka dunia. Ketika itu berpindahnya roh kepada jasad-jasad manusia lain sebagai balasan baik ataupun buruk. Bahkan ada juga ruh yang berpindah ke jisim-jisim tumbuhan dan haiwan-haiwan.


5. Mengecam bagi sesiapa yang mencela dan menghina Abdul Rahman bin Maljam (pembunuh Saidina Ali) kerana beranggapan telah melakukan kebaikan. Mereka beanggapan, telah menjelma sepenuhnya roh Allah daripada العالم اللاهوت (alam ketuhanan) kepada العالم الناسوت (alam manusia) untuk menyelesaikan fitnah yang berlaku dalam kalangan sahabat Nabi ketika itu.


6. Beriman bahawa Saidina Ali mencipta Rasulullah S.A.W lalu Rasulullah mencipta Salman al-Farisi, lalu Salman mencipta 5 orang yang lain iaitu:
  • Al-Miqdad bin Aswad: Mengawasi dan menjadi Tuhan bagi manusia dalam mentadbir mereka.
  • Abu Dzar al-Ghifari: Menjadi pemantau peredaran falak, planet-planet dan bintang dilangit.
  • Abdullah bin Rawahah: Penjaga peredaran udara alam dan meniupkan roh bagi manusia.
  • Uthman bin Maz'un: Mengawal situasi, perihal kelakuan dan sifat manusia.
  • Qinbar bin Kadan: Sebagai peniup roh kehidupan kepada seluruh makhluk Tuhan.

7. Beranggapan Saidina Ali tidak mati tetapi naik ke langit lalu bersemayam di bulan, matahari, awan dan lain-lain. Kerana itulah mereka menyembah benda-benda tersebut kerana Ali ada di sana.


8. Tidak mengiktiraf pensyariatan Haji kerana pada pandangan mereka, menunaikan Haji ke Mekah merupakan perbuatan kufur dan melakukan penyembahan berhala (dinisbahkan kepada Kaabah).


9. Tidak solat Jumaat, tidak bersuci dengan wudhu', mengangkat janabah (hadas besar) sebelum menunaikan solat lima waktu. Solat lima waktu mereka tidak perlu berwudu' dan tidak ada sujud kerana ianya termasuk dalam rukun ruku' dalam solat. Solat mereka berbeza dengan rakaat yang diamalkan oleh [Sunni].


10. Tidak mengiktiraf pensyariatan zakat tetapi mereka mengeluarkan wang saku mereka (untuk menggantikan zakat) dengan memberi cukai kepada Syeikh-syeikh mereka. 


11. Melakukan upacara-upacara kemenyan dan membakar wangi-wangian ketika melakukan upacara sebagaimana yang dilakukan Kristian dan Buddha.


12. Puasa hanyalah menahan diri daripada isteri-isteri mereka sepanjang bulan Ramadhan.


Begitulah realiti sebenar fahaman Nusairiah, salah sebuah gerakan kebatinan yang bergerak dalam denyut nadi umat untuk menghancurkannya secara tersembunyi.

Para ulama telah bermuafakat, mereka yang menganut fahaman Nusairiah ini diharamkan berkahwin dengannya, diharamkan makan sembelihannya, dilarang daripada mengkafan, solat jenazah dan dilarang untuk dikebumikan bersama kubur-kubur orang Islam.

Namun apa yang kita dapati, apa yang berlaku di Syria sekarang, tampuk kepimpinan negara dikuasai oleh puak Syiah al-Nusairiah ini. Walaupun mereka mengkafirkan kelompok Syiah Imamiah Isna 'Asyar namun kerajaan Iran (yang menganut fahaman Syiah Imamiah Isna 'Asyar) tetap menolong mereka dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah waal Jamaah di bumi Syria yang mulia.





Gambar di atas adalah gambaran bagi Imam Syiah 12 yang dianuti oleh pemerintah Iran. Gambar yang tidak ditunjukkan muka bagi mereka adalah Imam Mahdi kepercayaan mereka. 

Mungkin disana kenyataan yang dikeluarkan oleh Yusoff al-Qardhawi dan Syeikh Ali al-Sobuni serta para ulama' yang anti-Assad secara zahir berhujjahkan wajib menentang kezaliman yang dilakukan mereka, namun tidak dinafikan bahawa kebarangkalian besar perkomplotan Iran membantu Syria dengan menghantar tenteranya Hizbullah untuk melepaskan dendam kesumat mereka terhadap kelompok [Sunni].

Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Saied Hawwa selama ini yang melihat sendiri pasca kebangkitan Islam di Iran secara revolutioner ada agenda yang tersendiri. Bahkan beliau sendiri tidak mengiktiraf bahawa kebangkitan yang berlaku di Iran adalah sebuah "kebangkitan Islam" النهضة الإسلامية  di akhir zaman. 

Wallahua'lam.

Nota Kaki (Sumber):
  • [No. 1] Beliau wafat pada tahun 270 Hijrah ketika zaman Imam Hassan al-Askari (imam ke-11 Syiah).
  • [No. 2] Kitab al-Bidayah waal Nihayah karangan Imam ibn Kathir: jilid 14 m/s 73.
  • [No. 3] Kitab al-Syiah bainal Mu'tadil waal Ghuluw karangan Dr. Muhammad Anwar Hamid isa: m/s 243.
  • [No. 4] Kitab al-Harakat al-Batinah fiil Islam karangan Dr. Mustafa Ghalib: m/s 289.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger