Searching...

[FAKTA] Perbezaan Konflik Antara Syria dan Libya Ini Tidak Ramai yang Tahu...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Beberapa orang ada menyatakan persamaan konflik Syria dengan Libya. Sungguhpun kalau hendak menyamakan situasi konflik antara Syria (sekarang) dengan di Libya (tahun lepas) memang tak boleh nak diterima dek akal fikiran ini, kerana kenyataan yang berupa anggapan orang tersebut adalah benar-benar tumpul dengan tanpa fakta yang berasas. Justeru, perbezaan konflik antara Syria dan Libya ini tidak ramai yang tahu.

Konflik di Libya tidak berlangsung secara bertahun-tahun. Hanya dalam perkiraan bulanan sahaja, akhirnya rejim Gaddafi tumbang. Itu disebabkan Amerika dan NATO ikut campur tangan secara langsung dengan mengirimkan pesawat tempur dan drone-drone mereka di negara Libya.

Dan sekiranya revolusi Syria disokong oleh Amerika, maka revolusi tersebut akan berlangsung secara singkat seperti di Libya. Basyar Assad akan segera tumbang. Tapi kenyataannya, konflik Syria telah berlangsung selama dua tahun. Memang Amerika ingin "bermain api" di Syria, namun dia kena berhati-hati kerana Syria sangat-sangat berbeza berbanding dengan negara lain. Puak-puak mujahidin sangat ramai di sana dan mereka semua adalah anti Amerika. Amerika juga memusuhi mereka dengan mengecap Jabhah Al-Nushrah sebagai pengganas (terrorist).

Fakta mengenai Syria adalah:
  1. Amerika membentuk tentera boneka di sempadan Yordania dan itu pun dianggotai oleh puak Yordania. Mereka mengoperasikan drone-drone yang kerjanya untuk mengamankan bukit Golan daripada serangan Mujahidin.
  2. Pasukan PBB ditempatkan di bukit Golan untuk mengamankan Israel.

(Dikutip daripada perbicaraan anggota FIPS kepada Ar-Rahmah)


Sedikit Berita Dari Libya.

Bantuan dari Libya telah sampai di Syria, kelmarin. Di antaranya, roket peluru berpandu anti-tank NR-160 106-mm, dapat daripada sisa-sisa stok selama Revolusi Libya dahulu.

Sekaligus ada sedikit ralat bahawa bantuan senjata ini datang bukan daripada Pemerintah Libya, tetapi daripada bantuan sendiri oleh para Mujahidin Libya di Libya timur. Pemerintah Libya tidak terlibat dalam pengiriman senjata tersebut. Tahun lalu para Mujahidin Libya telah mengirim tiga kapal dan senjata. Bulan lalu pula, mereka mengirim lagi dan bulan ini kembali mengirim senjata.

Berikut adalah link URL klip video pengiriman senjata pada 17 Jun 2013 pukul 11.50 PM ---> http://youtu.be/yrMxXleMj1Y

Mereka bukan hanya mengirim senjata, tetapi mereka juga ada mengirim bantuan makanan dan ubat-ubatan. Subhanallah! Allahu Akbar!

Berikut adalah dua potong hadis soheh untuk dijadikan renungan bersama:

"Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya. Tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya" (HR. Muslim).

"Menyelamatkan Seorang Muslimin adalah satu kewajipan. Jika mampu laksanakan, namun tidak mempedulikannya, maka akan diazab di Akhirat" (HR. Al-Bukhari).

Berikut saya mahu paparkan klip video mengenai tembakan yang sungguh menarik daripada Mujahidin ke markas shabiha dengan menggunakan roket SPG-9 (rujuk gambar di bawah) dalam format klip video HD (realistik).


Macam biasa, sila klik Like atau klik Tweet terlebih dahulu untuk membuka (unlock) link URL klip video yang hendak dipaparkan di bawah:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger