Searching...

Fikirkan Sejenak Mengenai Persoalan Ini...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Persoalan inilah (10 soalan di bawah) yang membuatkan kita tertanya-tanya sampai sekarang berkenaan sejauh mana keadilan yang diberikan oleh Barat terhadap saudara seaqidah kita (pengikut Sunni) berbanding dengan puak-puak Syiah. Sama-samalah kita fikirkan sejenak mengenai persoalan di bawah ini:

1. Kenapa tiada seorang pun Syiah di pusat tahanan Teluk Guatanamo?

2. Kenapa negara-negara Barat tidak menyenaraikan anggota tentera Syiah dalam senarai pengganas? Contohnya seperti Hizbullah?


United Nation (UN)

3. Apa yang sebenarnya dilakukan oleh Hizbullah di selatan Lubnan? (Mereka berkubu 30 km didalam sempadan Lubnan dan memenuhkan kawasan tersebut dengan masyarakat Kristian dari United Nation (UN) supaya tiada seorang pun Mujahidin Sunni datang ke kawasan tersebut untuk menyerang Israel).

4. Tahukah anda peristiwa yang berlaku pada tahun 2006 merupakan drama bertaraf antarabangsa antara Syiah dan Hizbullah untuk menjaga sempadan Israel, sama seperti yang dilakukan oleh rejim Assad.

Droid Plane

5. Kenapa 'droid plane' milik Amerika asyik selalu mengebom anggota Al-Qaeda dan tentera-tentera Syariah setiap hari di Yaman tetapi tidak pernah mengebom tentera Huthi Syiah di Yaman walaupun mereka tahu kedua-duanya  berasal dari Yaman dan terlibat dalam pergolakan di sana?

6. Kenapa Perancis masih enggan menyenaraikan Hizbullah dalam senarai pengganas antarabangsa? 

7. Mengapa Perancis melakukan "perbincangan" setiap hari tentang penghantaran senjata untuk anggota FSA yang boleh dikawal dari jauh dan dikesan melalui GPS, tetapi masih tidak pernah lagi menghantar sebutir peluru pun sehingga sekarang?

8. Mengapa barat tidak pernah membenarkan mana-mana negara Islam Sunni membentuk undang-undang Syariah sepenuhnya, baik di Afghanistan, Pakistan, Somalia, Mali mahupun Yaman walaupun majoriti daripada mereka mahukan undang-undang Syariah ini. Tetapi mereka membenarkan Iran untuk menjadi negara Syiah terbesar dalam mempraktikkan sepenuhnya undang-undang Syariah Syiah di teluk Arab?

9. Mengapa Syiah telah dibenarkan untuk menyebarkan agama mereka di Afrika dan menukarkan 50% daripada Afrika kepada Syiah tetapi kesemua Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO) adalah dilarang sama sekali daripada bercakap untuk menyokong Sunnah?

10. Mengapa Hizbullah, Iran dan Iraq dibenarkan untuk membunuh di khalayak ramai di Syria tetapi Sunni dilarang sama sekali untuk mengatakan semudah perkataan yakni, "bantulah FSA"? Maka mereka akan ditangkap!

Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger