Searching...

FSA Telah Menubuhkan Sebuah Penjara Di Aleppo Untuk Para Banduan Assad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Free Syrian Army (FSA) telah menubuhkan sebuah penjara di Aleppo untuk menempatkan lebih daripada 200 banduan antaranya ialah Pegawai Tentera Syria, Askar Syria dan "Shabiha" iaitu Ahli tentera Zionis yang ditangkap semasa pertempuran, serta penjenayah-penjenayah yang lain. Pegawai-pegawai yang terlibat yang bertugas untuk penjara ini telah berkata bahawa mereka berusaha untuk menyampaikan nilai-nilai revolusi kepada para banduan penjara di sini melalui kaedah pelajaran kesedaran berskala.

Di samping itu, mereka memperuntukkan sebuah bilik khas untuk ujian awam dijalankan mengikut kelulusan latihan secara sah. Wartawan Ahmed Zaidan melawat tempat yang diubahsuai iaitu penjara di kawasan luar bandar Aleppo. 

Berikut adalah laporannya; Pusat Penjara Mare'a di kawasan luar bandar Aleppo diuruskan oleh Brigade Al-Tauhid dan memegang lebih daripada 200 banduan tahanan mereka dikelaskan mengikut tuduhan dan pekerjaan banduan tersebut semasa banduan itu bekerja untuk rejim Syria. Penjara ini mengandungi bilik untuk tahanan Pegawai Tentera dan lain-lain lagi untuk menempatkan yang lain-lainnya seperti Shabiha bagi menghentikan pertengkaran yang sedang berlaku di rantau ini. 

Wartawan Al-Jazeera memasuki penjara ini untuk mendedahkan kepada dunia tentang kesetiaan mereka (rejim Syria) dan Shabiha terhadap Assad dan sekutu-sekutunya. Pengarah Penjara menunjukkan kepada wartawan tersebut alatan-alatan pembunuhan dan ubat-ubatan yang digunakan oleh para Shabiha Assad. Beliau memberitahu bahawa lebih satu dekad telah berlalu di Penjara Rejim Syria ini, tidak pernah beliau membuka pintu untuk media rejim itu sendiri, tetapi mereka buka untuk wartawan Al-Jazeera itu masuk kerana penjara yang baru ini akan mematuhi nilai-nilai revolusi.

Berkata Abu Hatem iaitu Pengarah Penjara, "Kami telah menentang demi kebebasan dan untuk menghapuskan ketidakadilan dan penindasan terhadap layanan yang digunakan oleh rejim Syria untuk para banduan dan tahanannya. Apabila rejim Assad telah menahan rakyat-rakyatnya, maka rakyat-rakyat yang terlibat akan hilang selama setahun, dua atau sepuluh tahun. Dan tiada siapa yang mengetahui di mana mereka, hatta keluarga mereka sekalipun. Tetapi  kita berada pada landasan sebaliknya, yang mana dalam beberapa hari pertama, kita biarkan tahanan menghubungi keluarga mereka untuk memberitahu mereka tentang keadaan mereka setelah prosedur kemasukan mereka selesai."

Berkata Pengarah Penjara itu lagi, "Beberapa ulama' dan pendakwah sedang mengajar banduan secara berkala, salah seorangnya ialah Sheikh mudar Faroukh yakni Pendakwah Islam. Kami mengajar banduan kebaikan cinta, rahmat, petunjuk dan taubat atas dosa-dosa supaya mereka boleh kembali untuk menjadi orang yang berguna dalam masyarakat."

Pegawai-pegawai yang menjaga penjara ini mengatakan bahawa bilik ini tidak lama lagi akan menyaksikan ujian undang-undang pertama tahanan mengikut undang-undang antarabangsa kerana di sini tidak ada perbezaan antara banduan dan Pegawai penjara dari sudut pembahagian makanan dan penginapan.

Pemimpin Brigade Al-Tauhid menekankan bahawa mereka tidak akan mengambil kaedah pembunuhan dan penyeksaan seperti mana yang telah dilakukan oleh pegawai penjara sebelum ini, sebaliknya mereka akan berusaha untuk menyampaikan nilai-nilai revolusi untuk menyebarkan kebebasan dan keadilan dan ini adalah suatu kemenangan yang sebenar, sebagaimana yang mereka katakan di negara diktator dan bersifat menindas, penjara adalah dianggap sebagai salah satu alat penindasan dan kezaliman. Tetapi dalam situasi revolusi ini, penjara akan memainkan peranan penting dalam mencapai keadilan dan hak rakyat.

Berikut adalah klip video untuk kenyataan berita di atas:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger