Searching...

Hamas Dan Gerakan Jihad Palestin Sedia Menggempur Hizbussyaiton

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Gerakan Jihad Palestin, Hamas bersama-sama kumpulan-kumpulan Palestin yang lain dilaporkan telah memindahkan senjata yang disimpan di dalam kem-kem pelarian Palestin dan pusat latihan di Syria, ke kem-kem pelarian di Lubnan sebagai persediaan untuk melawan [Hizbussyaiton].

Menurut sumber di ibu pejabat Hamas, ketegangan antara Hamas dan Hizbussyaitan telah meningkat secara berterusan dalam tempoh penglibatan Hizbussyaitan dalam peperangan di Syria. Hamas sekali lagi telah menggesa Hizbussyaitan untuk menarik balik tenteranya dari Syria.

Sumber keselamatan di kubu kuat Hizbussyaitan di Bekaa berkata bahawa berpuluh-puluh mujahidin dari Hamas dan Jihad Islam kini berada di sempadan Lubnan timur dengan Syria, terutamanya kawasan Arsal.

Kumpulan-kumpulan Jihad Palestin telah menubuhkan sebuah pusat arahan bersama tentera untuk menangkis serangan oleh rejim Assad dan tentera Hizbussyaitan.

Sementara itu, Hizbussyaitan telah mengetatkan sekatan jalan raya di daerah-daerah selatan Beirut (lokasi terdapat banyak kem-kem pelarian Palestin) dengan tentera Hizbussyaitan menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi semua kenderaan yang memasuki kawasan tersebut. 

Menurut sumber dalaman Hamas, beratus-ratus mujahidin Palestin dari kem-kem di utara Syria telah menuju ke Halab untuk membantu menangani serangan yang dirancang oleh tentera rejim Assad dan Hizbussyaitan.

Wallahua'lam. Sumber dari Revolusi Syria.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger