Searching...

Iktibar Daripada Tongkat Imam Syafi'i

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Orang tua yang melihat dengan pandangan [mata hati] akan bertambah serius dalam melaksanakan kebaikan dan "berpatah arang" dengan kejahatan. Masa telah pun suntuk. Entah sempat atau tidak. Itulah rasa hati mereka. Mereka tidak sudi lagi berpaling kepada yang mengganggu dan menggugat iman mereka.

Tumpuan utama mereka hanyalah untuk mengejar masa. Imam Syafi'i misalnya, pada usia empat puluh tahun sudah pun berjalan dengan memakai tongkat. Orang di sekelilingnya berasa hairan kerana mereka tahu Imam Syafi'i adalah seorang yang masih tegap dan sihat. Bukankah beliau seorang pemanah yang tepat dan penunggang kuda yang cekap?

Ketika menjawab soalan orang tentang mengapa dia bertongkat, Imam Syafi'i berkata, "Tongkat ini untuk mengingatkan aku bahawa aku telah tua. Cukuplah semua hadiah dan sanjungan yang telah aku terima selama ini. Aku tidak perlukan lagi. Tumpuan sepenuh hatiku sekarang hanyalah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T semata-mata!"

Demikian orang tua yang memandang dirinya dengan pandangan [mata hati]. Sayangnya, kebanyakan kita yang mendakwa pengikut setia mazhab Imam Syafi'i tidak pula bersikap demikian.

"Kita tidak mencari tongkat 'pengingat' seperti beliau, sebaliknya kita mencari tongkat 'penggiat' iaitu tongkat ali! Hahaha..."

Sekarang saya ingin kembali kepada persoalan asas yang menjadi teras dalam kehidupan ini iaitu apakah yang dikatakan [celik mata hati] atau kesedaran? [Celik mata hati] ialah apabila seseorang dapat melihat kehidupan ini sejajar dengan kehendak atau ketetapan Sang Pencipta (Allah S.W.T). Renung-renungkanlah dan ambillah iktibar daripada cerita di atas. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger