Searching...

Jangan Terpedaya Dengan Propaganda Musuh Islam yang Menguasai Media Di Al Qusayr

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kami (Syria Care) mendapat maklumat bahawa stesyen televisyen di tanah air secara berterusan menyiarkan berita berkenaan kekalahan mujahidin Syria di Al Qusayr.

Terima kasih diucapkan kepada media tanah air kerana telah menjadi 'jurucakap' musuh. Itu sebenarnya hanya propaganda musuh untuk melemahkan umat Islam.

Sedangkan Al Qusayr masih belum jatuh dan masih ada mujahidin yang sedang berjuang di medan jihad berhadapan dengan Hizbullah (Hizbussyaiton). Teruskan berdoa untuk mujahidin Syria.


Mengapa Mujahidin Syria Berundur Selangkah?

Komander FSA, Abdul Hamid Zakaria telah menjelaskan bagaimana isu sebenarnya bermula bila mujahidin cuba berundur dari satu bahagian di Selatan Al Qusayr hanya bertujuan membuka laluan untuk petugas-petugas penyelamat membawa mangsa-mangsa tercedera keluar untuk mendapatkan bantuan.

Usah kita terpedaya propaganda yang dimainkan musuh. Seperti yang telah saya perkatakan dalam entri sebelumnya yang bertajuk, [Berita Menyedihkan, Berita Sebelumnya Dan Berita Menjelang Subuh Dari Al Qusayr]. Atas alasan apa untuk kita mengatakan mujahidin telah tewas, sedangkan mereka masih berhempas pulas mempertahankan kota Al Qusayr.

Bukan kerana mereka sudah dikalahkan oleh serangan-serangan gila Hizbullah tersebut. Namun ketika itu media rejim Assad pula cuba mengambil kesempatan dengan menayangkan kawasan yang sengaja ditinggalkan oleh mujahidin kononnya sebagai bukti kejayaaan mereka menguasai bandar itu.

Walhal 60% dari kota Al Qusayr kini masih dikuasai mujahidin (sehingga saat ini) meskipun hampir seluruh jenis bom dan mortar telah dilepaskan oleh Hizbullah ke bandar tersebut.

Meskipun mujahidin mengakui bahawa pihak musuh telah mengerahkan satu kekuatan yang begitu hebat dan besar termasuk serangan-serangan udara berterusan yang hampir meranapkan kota ini.

Namun kesemua itu sedikit pun tidak menyebabkan mujahidin merasa 'dikalahkan'. Bagi mujahidin, peperangan ini adalah ibarat operasi serbu dan lari.

Teruskan berdoa untuk mujahidin, walaupun mereka kekurangan senjatan, ubatan, makanan dan minuman namun mereka ada Allah. Sebaik-baik pertolongan.



P/S: Kedudukan terkini pertempuran di Qusayr sehingga jam 9.32 malam seperti dalam gambar di atas. Ya Allah, kami memohon keajaiban-Mu. Walaubagaimanapun, ia bukan sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa bahawa Al Qusayr telah jatuh ke tangan Hizbullah 100%.

Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger